Monday, April 14, 2008

KEHIDUPAN : MEMBER LAMA DHCM 83-86.


Selepas lebih kurang 20 tahun dan masing-masing telah pun menjawat jawatan yang agak selesa ,barulah pertemuan demi pertemuan dibuat secara formal atau tidak formal diKuala Lumpur dan Shah Alam. Mengimbas kembali satu kenangan buat sahabat sahabat ku yang ku kasihi. Begitu cepat masa berlalu dan kesemuanya berusia 40tahun tanda kematangan dalam hidup. Sesiapa yang membaca blog ini diharap tersenyumlah sendiri mengenangkan kenangan manis, duka, sedih, gembira, bergaduh, bercinta dan lain-lain lagi.......





1. BADRULHISHAM- seorang periang tak mudah marah dan sentiasa mengeluarkan idea-idea yang bernas dan tak logik. Mudah bergaul dan tempat orang meluahkan perasaan. Menjawat Pengurus di Likom Melaka. Kerap ke Indonesia, Thailand, Bangladesh dan Nepal mencari pekerja untuk likom group.Masaalah daibetis tapi makan tak control. Non stop eater at every function he attend.


2.NORMALA IBRAHIM- tak berapa rapat, orang johor cantik, manja dan berkhawin dengan budak DCT pernah menjadi lecture di Hotcat dan sekarang bersama dengan Armada Hotel.


3.TAJUDIN-dikenali sebagai jut. Periang dan mudah tersenyum. Memiliki beberapa cafe di Shah Alam dan terbaru di Putra Jaya. Memiliki kereta mewah dan motor berkuasa tinggi. Pemain golf. Tiap kali aku keShah Alam mesti turun jumpa aku di tempat zul. Pantang cakap pasal khawin. Tersegih gila.


4.SITI MARIAM-Suri rumahtangga sepenuh masa, berkahwin dengan same classmate shukor. Dikenali dengan ccn begerak dikalangan member yang rapat. Banyak masa dan menjadi penasihat terhormat madia. Kalau bergayut di talipon tak kata stop boleh sampai berjam-jam. Kerap masuk hospital swasta kerana ditanggung oleh eden. Salah satu syarat untuk Shukor tukar kerja mesti ada kemudahan medikal yang tanggung satu keluarga. Mudah bersembangdan rbercakap tanpa lapik dengan member yang rapat.


5.SHUKOR- Berkahwin dengan member diatas. Terperanjat bila mendengar perkahwinan tersebut tak pernah terfikir. Pernah menjadi paramugara mas dan berjalan merata tempat dengan Siti Mariam keluar negara. Sekarang menjadi senior manager di Eden catering. Peramah dan mudah tolong orang dalam kesusahan.


6.SALBIAH-Agak tomboy berkahwin tapi tak kekal. Kepala blues, bekerja di Account Department Hotel Concored Kuala Lumpur. Kalau cuti ujung bulan budak-budak Concored alamat tak dapat gaji le. Peramah dan suka sendirian.


7.MAZIAH- Orangnya kecil peramah. Pernah berjumpa di Awana genting semasa percutian keluarga disana. Sekarang masih di Awana genting last post Asst. Housekeeper.


8.SALWANA- Orang Johor berkahwin dengan budak DCT Fahdil pernah berjumpa dan selalu bercakap pasal perniagaan. Orangnya mudah tersemyum dan tak beberapa dikenali.


9.NORMADIAH ABU BAKAR- Superwomen. Mudah kesian, amat popular dikalangan member dengan sifatnya yang periang. Bekas girlfriend aku dan selalu bergaduh tak sekepala. Peminat Teddy Bear dan pernah mendapat hadiah dari aku Teddy Bear tapi tak tahu dia humban kat mana sekarang. Tapi cinta tak kesampaian tak ada jodah. Masih berhubung melalui sms dan email.Berkahwin dengan mat Pahang berjawatan Pengarah di Morib. Madia bekerja di Lakeclub sebagai manager. Manja dan bercakap lembut membuatkan cair hati manusia. Ramai yang berminat dengannya tapi kesemuanya orang yang dah berkahwin dan berpangkat Dato n Tan Sri di Lakeclub.


10.AZMI-Orang paling tua dalam class.Airforce mudah belanja member terutamanya rokok, maklumlah orang dah berkerja. Periang dan kadang -kadang perangai dah macam kita kerana bergaul dengan budak -budak. Tak berjumpa semasa pertemuan diKLGCC kerana beliau berada Singapore. General Manager di KLGCC.


11.SITI KHADIJAH-Pendiam tak banyak cakap. Pernah berjumpaq diMelaka diPasar malam masa tu aku tak ada kerja. Berniaga dipasar malam dengan abang aku diTaman Merdeka. Berniaga Toys untung boleh tahan. Tapi tak ada classlah. Kalau aku teruskan tentu dah jadi jutawan rupiah.


12.MUHD MUNTHADARI- Seorang yang selalu menonjolkan diri sebagai peminpin. Peristiwa yang tak pernah dilupakan apabila beliau dirasuk diasrama. Ketika itu satu bilik dengan Bad.Rapat tapi putus hubungan ,jarang menghadiri pertemuan. Tak tahu samaada dijemput atau tidak. Berkerja diKlang dengan pusat perubatan dan jawatan tak tahu tapi somebody juga disana.


13.EZADIN- Sangkut persaudaraan dengan mai. Tak pernah berjumpa langsung dan tak pernah dengar khabar berita. Mising in action.


14. FADINA OTHMAN-Rambut perang macam mat saleh. Ramai peminat. Rapat gitu-gitu saja diITM maklumlah kita ni tak ada rupa.Bekerja diPerlis orang Sahidan kassim bekas menteri besar yang direject oleh Raja.Pernah keluar TV3 dalam rancangan Jalan-jalan cari makan bersama Shahidan Kassim. Berkerja dengan Tourism Board.


15.MOHD. FARED- Peminat motor berkuasa tinggi. Pernah bercinta dengan mai kehulukehilir last last kahwin dengan member dia Zul.Menghilangkan diri dan tak tahu dimana berada.


16.SAIFUL - Selepas tamat pengajian menyambung keKolej Perguruan. Mengajar diPahang berkahwin dengan cikgu juga. Pernah berjumpa di Sungai Petani kerana orang sana.


17.SHUJAIRI- Dikenali dengan panggilan Jerry. Manager Tesco Alor Star sekarang. Sentiasa sibuk dan sentiasa nampak muda kerana orangnya kecil sahaja. Pernah buat practical sekali di Primula Beach Resort Terengganu. Teringat bawa Volvo semasa practical dan pernah pancit tayar dua kali semasa nak balik ke Shah Alam. Duduk bersama budak-budak resort dan berhari raya korban dirumah Nik Harizan Kelantan.


18. Abd Razak- Bekerja dengan Mas sebagai Paramugara International . Pernah practical sekali diDesaru Johor. Orang singapura dan pernah bawa aku ronda-ronda singapura.Duduk dekat dengan Woodland.Sentiasa senyum dan kacak. Menjadi kegilaan pelajar perempuan dan lecture bernama Puan Kimi. Puan Kimi telah pun kembali kerahmahtullah kerana mengidap cancer.


19.ABU ZAIREEN- Aktif sukan hoki. Aku kenal bapa dia sebab cikgu Bahasa Malaysia aku semasa sekolah menengah chung wha Port Dickson. Kahwin dengan class mate bercinta macam belangkas. Tapi member baik aku juga. Pernah kerumahnya diTampin. Kerap jumpa sejak kebelakangan ini. Berkerja sebagai Pengurus Asrama di UITM Melaka. Kaki golf rapat dengan Zul dan Tajjudin kerap bermain bersama.


20.WAN MAHERAN-Sering sakit kepala. Orang Perlis dan berkerja Kerani disekolah Pulau Pinang. Pernah jumpa dia semasa Madia datang ambil kursus Penang Botinical Garden. Sering mengasingkan diri dan tak berkahwin. Minat dengan Saiful tapi tak ada jodoh.


21.MUHD. HAFIZ TAMAJI-Tak rapat pernah selisih faham pasal buat persembahan induction night. Tak tahu kerja apa dan tak pernah terserempak dengannya.Member lain tahu halnya yang tak perlu diceritakan disini.


22.JOHN BADILAH- Orang Sabah tak pernah berhubung last jawatan di Imigersen Sabah.


23.ISMAIL- Tak habis kursus ,masuk Maktab Perguruan.


24.LOY MING KI- Orang asli . menghilangkan diri ,kawan baik Abu Zaireen ,tak habiskan kursus dengar-dengar jadi Tok Batin dihutan mana tak tahu. Sentiasa Smart dan mengalahkan kita


25.HAMID JOE-Orang Johor putus hubungan. Kebelakangan ini ada menalipon saya semasa beliau berada diKuala lumpur.


26.NIK-Lupa nama penuh orang Kelantan dan anak kepada Pustaka Aman Press. Berniaga sekali diITM dalam kemusa.Tak berhungan langsung walau pun dengan member lain.


27.MAI-Orang yang paling beruntung diantara member-member yang lain berkahwin dengan Zul tauke rangkaian Restoran Nasi Briyani. Surirumah tangga sepenuhnya diselimut dengan kemewahan. Memiliki rangkaian kereta mewah. Part yang aku suka bila aku ke Shah Alam dapatlah aku menumpang kereta yang memang aku tak mampu nak beli. Tumpang tuah orang. Walau bagaimanapun mai dan zul aku tabik engkau oranglah tak lupa member.Bab belanja makan ni tak payah ceritalah mewah. Tu sebab bila diorang turun Penang tengah malam pun aku datang sembang dengan diorang diHotel.


28.ZAINAL TALIB- Bab aku tak payah cerita le. Siapalah aku kalau dibandingkan dengan mereka-mereka tu. Walau bagaimanapun aku bersyukor dikurniakan sahabat yang sedia menolong masa senang dan susah. Aku kerja dengan FMCG c0mpany Nestle Product Sdn. Bhd. cawangan Pulau Pinang.


Maaflah kalau ada nama yang tertinggal dan sesiapa yang membaca blog ini dikalangan member kita harap respond under comment collum.


Jumpa lagi dalam blog yang seterusnya,












.

1 comment:

Anonymous said...

Hai Zainal Talib.
yo yo yo its me ,your friend from Kelantan,sometimes i"m your advisor and sometimes i kutuk you kaki bangku yang berlumut.
Guess me.