Thursday, April 24, 2008

KEHIDUPAN : BARANG NAIK.


Seperti biasa setiap hari khamis, saya akan melawat setiap pelanggan dikawasan Penaga hinggalah ke Kuala muda. Setiap kali saya berjumpa , mereka melahirkan kebimbangan tentang kenaikan kos barangan pengguna yang berasaskan susu,tepung dan minyak yang naik begitu mendadak kebelakangan ini.

Memandangkan kebanyakan penduduk dikawasan tersebut terdiri dari golongan petani dan nelayan maka kuasa membeli telah berkurangan akibat dari kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Pengguna menyalahkan penjual kerana menaikan harga barangan manakala penjual menyalahkan pengedar kerana harga berubah- ubah dari minggu ke minggu. Pengedar pula menyalahkan pengilang kerana mencuba mengaut keuntungan yang berlebihan. Pengilang pula menyalahkan kerajaan kerana tidak mampu mengawal barangan keperluan asas. Nampaknya masing-masing menyalahkan satu sama lain sepeti lagu katak oh katak.

Hakikat yang sebenarnya adalah masaalah kenaikan harga di peringkat global. Permintaan melebihi penawaran dan juga bersangkutan dengan pemanasan global akibatnya banyak tanaman tidak menjadi.

Kenaikan harga minyak mentah juga mengakibatkan usaha mencari sumber altenatif bagi mengantikan bahan tersebut. Maka permintaan untuk minyak kelapa sawit, gandum, jagung, tebu dan soya meningkat untuk dijadikan bio diesel.

Akibat dari kesan tersebut maka berlakunya krisis makanan yang meruncing diseluruh dunia. Para saintis mencuba mengubah genetik tanaman supaya pengeluarannya dapat ditingkatkan. walau bagaimana pun kebimbangan telah timbul kerana kesan sampingannya terhadap manusia samada ia sesuai untuk dimakan.

Tanaman secara organik adalah mahal dan tidak dapat dikeluarkan secara komersil kerana ia mengambil masa yang panjang untuk mendapatkan hasilnya. Kenaikan harga beras secara mendadak memberi kesan terhadap seluruh kawasan Asia kerana ia merupakan makanan asasi bagi penduduk Asia.

Kenapa krisis ini berlaku, adakah ia merupakan satu ujian bagi manusia dari Tuhan yang Maha Esa atau akibat dari ketamakan manusia itu sendiri?

No comments: