Saturday, March 28, 2009

KEHIDUPAN : UNTOLD STORY



Masa berlalu dengan cepat dan kadang-kadang kenangan lama masih menjadi ingatan, walaupun ia berlaku 30 tahun yang lalu. Apabila mengenangkan kisah lama dialam persekolahan diPort Dickson. Umur dalam linkungan 16 tahun dalam senyap-senyap ada orang yang berkenan. Walaupun ia tidak diluahkan tetapi dari riak muka dapat meneka perasan yang terujud. Rupa-rupanya gadis tionghua dalam class yang sama menaruh hati terhadap jejaka yang berkulit hitam manis dan tinggi lampai. Kerap juga kerumah beliau di Pekan Port Dickson dan ayahnya menjalankan perniagaan ABC di Bus stand pekan PD. Setiap kali balik dari sekolah pasti singgah digerai bapanya dan beliau akan menyediakan minuman kegemaran saya air limau nipis bersama nenas tin.

Perhubungan terputus setelah tamat persekolahan menengah dan berhijrah ke Lumut mengikut abang yang bertugas disana dan bersekolah di Anglo Chinese School Manjung. Semasa tinggal diLumut tidak pula bercinta kerana menumpu penuh dengan alam persekolahan. Apatah lagi duduk dalam kem tentera laut yang terpencil dan berasing mengikut status pangkat. Ketika itu Lumut dan Manjung tidaklah semaju sekarang, hanya pekan kecil dan sunyi. Mengasingkan diri jauh dari ibu dan bapa buat seketika. Walaupun ibu berat untuk melepaskannya.

Sebaik sahaja tamat persekolahan dilumut, memasuki ITM untuk short course di HOTCAT tetapi tidak pula jatuh cinta dengan sesiapa pun hanya ada kawan rapat wanita yang sama practical di Penang. Perhubungan sekadar kawan dan habis setelah tamat course disana. Disanalah kenal Asri satu course dan duduk sebilik di ITM tidak sangka pula berjumpa kembali semasa melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma. Memasuki alam perkerjaan pertama di PD sebagai supervisor disebuah restoran makanan segera American Winppy Fast food.

Semasa bekerja disana pekerjanya berbilang kaum dan dalam senyap-senyap ada seorang insan yang begitu perihatin terhadap diri ini. Begitu rapat, sederhana tinggi, kurus dan berbangsa india. Sering membelikan makanan dan setiap kali membawa makanan dari rumah beliau sentiasa pastikan makan yang dibawa adalah halal untuk dimakan. Beliau mengambil berat tentang diri ini dan sedia mendengar segala keluhan rasa takala menghadapi tekanan kerja. Walau bagaimana pun berpisah setelah beliau berhenti kerja untuk berkhawin dengan jejaka pilihan keluarga. Selepas itu tiada lagi berita tentang beliau.

Selepas satu tahun bekerja disana, dapat pula tawaran untuk melanjutkan pelajaran di ITM Shah Alam dengan cara kebetulan sahaja. Borang diperolehi dari kawan yang tidak berminat untuk melanjutkan pelajaran. Di isi,di hantar dan terus dipanggil untuk temuduga dan diterima masuk. Banyak halangan dan dugaan dihadapi dalam kehidupan di kampus yang bergelar pelajar.

1 comment:

Unknown said...

i knew the story,but y u x mention about the malay girl "s".Anyway thanks for the greeting card.