Monday, March 9, 2009

KEHIDUPAN : MINGGU YANG CUKUP MEMENATKAN.


Minggu yang cukup meletihkan, bermula dari hari Jumaat setelah selesai kerja terus bergegas pulang untuk bertolak ke Port Dickson untuk menghadiri majlis perkhawinan anak kakak yang kedua. Perjalanan telah dirancang lebih awal supaya sampai awal di PD. Perjalanan kali ini agak lancar dan selamat sampai diPD jam 12 tengahmalam. Biasanya perjalanan mengambil masa 7 ke 8 jam tetapi kali ini dalam masa 5 jam sahaja. Dalam katogeri cepat jugalah kerana bertolak jam 5.30 ptg dan sampai jam 12 tengahmalam. Tak tahu sejak kebelakangan ini mahu cepat sampai sahaja. Berhenti hanya untuk tunaikan sembahyang dan untuk makan beli siap-siap dan makan dalam kereta.

Abang ipar dah tempah banglow TNB duduklah anak beranak dalam banglow yang besar, selesa dan berhawa dingin. Duduk tiga malam bermula dari malam hari jumaat hinggalah hari isnin. Kenduri perkhawinan berjalan dengan lancar dan Madia, ctm, Shukor dan Izam datang untuk makan kenduri. Kali ini aku tak dapat membantu kerana sibuk melayan anak kecil aku, cukuplah anak lelaki aku sahaja yang membantu.

Hari Isnin selepas check out dari banglow terus kerumah kakak untuk bersarapan pagi. Rancangan nak terus balik ke Penang tetapi tukar rancangan balik kampung dulu untuk ziarah kakak dirumah pusaka arwah emak dan kemudian ziarah ayah di rumah mak tiri. Minggu yang cukup mengembirakan apatah lagi kakak yang duduk di Sik Kedah buat keputusan untuk balik kampung dan duduk rumah pusaka arwah emak. Seluruh ahli keluarga gembira bahkan pak teh juga gembira kerana rumah arwah emak yang ditinggalkan sekurang-kurangnya akan bertunggu juga akhirnya.

Yang paling gembira adalah abang wahab yang sangat-sangat mengharapkan supaya rumah pusaka arwah emak kembali bersinar dan berpenghuni. Tiadalah masaalah lagi untuk balik kekampung. Mungkin akan kerap balik kerana dalam adat orang negeri sekiranya emak tiada maka kakak sulunglah penganti emak dan tunggu rumah pusaka. Abah gembira juga sekurang-kurangnya ada anak perempuan dikampung untuk mejenguknya dikala usia yang begitu uzur. Kami berpakat untuk memulihkan rumah pusaka dan kakak tidak perlu risau tentang wang ringgit kerana segala urusan pemulihan dalam tanggungan adik beradik.

Kakak dan abang ipar merancangan untuk membuka Car Wash dan kedai makan dihadapan rumah pusaka untuk menampung kehidupan. Rumah pusaka tidak akan sunyi lagi apatah lagi anak kakak dan anak-anaknya juga buat keputusan untuk tinggal bersama kakak. Aku rasakan rumah pusaka akan terus terpelihara dan akan terdengar suara anak-anak bermain didepan rumah pusaka serta bercahaya dengan kedai makan didepan rumah pusaka.

Walaupun berada dirumah pusaka untuk beberapa jam sahaja tetapi sayu juga untuk meninggalkannya kerana halaman rumah yang telah dibersihkan dan terbayang kembali rumah yang dahulunya sentiasa hijau dengan rumput dan pokok-pokok buah yang bersusun dilaman rumah. Sebelum bertolak singgah untuk ziarah abah dirumah maktiri kemudian terus pulang ke Pulau Pinang.

Kerja sehari kemudian buat persiapan untuk ke Kuala Lumpur pula untuk menghadiri Nestle Sale Convention di Sunway Convention Centre di Subang Jaya dan tinggal di Pyramid Hotel Tower untuk dua malam. Bertolak hari Rabu dengan bas yang ditempah khas dan pulang hari Jumaat pagi. Dua malam berjumpa dengan Zul dan Shukor untuk teh terik section.

Ada tiga hari untuk berehat kerana hari Isnin Public Holiday hari Maulidi rasul tetapi anak lelaki pula tak sihat batuk dan asma bergegas ke klinik untuk mendapatkan rawatan tetapi tidak lega. Hari ahad anak lelaki menggadu susah untuk bernafas kerana sesak dada lantas ke hospital Kepala Batas untuk menerima rawatan. Doktor menasihati agar anak lelaki ku masuk wad walaupun keadaannya agak stabil tetapi menasihati ku agar membolehkan beliau berehat dan mendapat rawatan lanjutan. Alhamdulllilah anak lelaki ku sihat dan dibenarkan keluar pada hari ini. Bagi ku inilah minggu yang cukup memenatkan walaupun seminggu tidak kepejabat.


Esok mula bekerja dan tak tahu apa pula projek yang menanti...................




3 comments:

Unknown said...

kesian..he must be very tired.hope he'll get well soon.

Putra Bertam said...

Thank you, Nadine for your concern.

Unknown said...

you must be damn tired yourself,take a good rest..