Wednesday, March 11, 2009

KEHIDUPAN : APAKAH MASIH ADA HARAPAN?



Ada ketikanya kehidupan ini penuh dengan dugaan. Terpancar rasa kerisauan tentang masa depan yang tidak menentu sejak kebelakangan ini. Terdengar keluhan dan kerisauan jiran-jiran yang suami mereka bekerja dikilang-kilang yang mengalami masaalah pendapatan yang tidak menentu. Kos sara hidup yang meningkat dan hasil pendapatan semakin kurang. Apakah kita yang masih mempunyai pekerjaan yang agak stabil merasakan kerisauan ini?

Hari ini bekerja di sebuah kilang internasional milik German yang besar Infenion Technologies. Kilang Hitech dalam menghasilkan chip untuk kegunaan kenderaan dan industri. Kawalan securitynya sungguh ketat. Pelawat tidak dibenarkan bergerak sesuka hati didalam kawasan kilang melainkan dengan iringan pekerja HR. Setiap pergerakan diperhatikan dengan cctv dan hanya ada beberapa tempat atau kawasan sahaja yang boleh dilalui oleh staff tertentu.

Walaupun terbayang atau terpancar keriangan tetapi disebalik keriangan tersebut tersembunyi kerisauan tentang masa depan dan pendapatan. Sempat juga menanyakan soalan, apakah kilang ini tidak terkena masaalah global economy? Pekerja HR hanya boleh mengangguk sahaja. Bertanya dengan pekerja bahagian production apakah kilang ini juga terpaksa mengurangkan waktu bekerja untuk menjimatkan kos pengeluaran? Lebih baik kurang pendapatan dari tiada kerja.

Nampaknya kesan masaalah global economy mula dirasai oleh setiap warga kerja industri terutamanya bahagian elektronik kerana kurang permintaan dari negara-negara maju terutamanya Amerika Syarikat. Disebalik senyuman tersembunyi rasa risau dan kebimbangan tentang masa depan.

No comments: