Saturday, March 14, 2009

KEHIDUPAN : APA BEZANYA.


Pagi tadi ada temujanji dengan doktor orthopedic lagi. Semuanya o.k. dan ada perubahan setelah mengambil ubat yang diberi doktor untuk dua bulan. Lutut yang dahulunya setiap kali salah langkah akan terasa sakitnya dan pernah seketika dulu terpaksa merangkak. Menurut doktor masih ada bengkak dibahagian lutut tetapi tidak perlu bimbang kerana ia beransur pulih. Temujanji berjalan dengan lancar hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit. Doktor menasihatkan agar saya mengambil ubat untuk satu bulan lagi bagi menghilangkan kesan bengkak pada lutut. Consultation hanya sekejap sahaja tetapi masa yang agak lama untuk membuat bayaran dan mengambil ubat. Walaupun tiada apa-apa bayaran yang harus dibuat kerana ditanggung oleh syarikat dan sepanjang temujanji tersebut saya dapat rasakan bahawa bayaran bagi rawatan saya mencecah ribuan yang mungkin tidak termampu untuk dibayar dengan duit sendiri.

Senario yang serupa juga berlaku dengan jiran saya yang isterinya mengadu sakit tulang belakang yang teramat sangat. Setelah mendapat rawatan doktor pakar, isteri beliau didapati mengalami masaalah tulang belakang yang menghimpit saraf dan memerlukan pembedahan dengan anggaran kos sebanyak sepuluh ribu ringgit. Beliau terpaksa menangguhkan pembedahan kerana tidak mampu untuk membayar kos tersebut. Beliau tidak mempunyai opsyen lain melainkan merujuk kepada hospital kerajaan yang akan mengambil masa yang agak panjang kerana masaalah birokrasi.

Sakit yang saya tanggung tidaklah seteruk dengan sakit yang ditanggung oleh isteri jiran saya. Saya masih mampu untuk menjalankan aktiviti seperti biasa. Doktor menasihati agar kurangkan naik tangga. Saya harus membuat renovation rumah untuk tambah bilik ditingkat bawah dengan kos yang sama untuk pembedahan tulang belakang jiran saya. Akhirnya tiada perbezaan antara saya dan jiran saya yang terpaksa menanguh pembedahan dan renovation dalam keadaan ekonomi yang tidak begitu baik.




1 comment:

Unknown said...

OMG...u reminds me of the ops that i'm suppose to do for my back ache too,scary...