Wednesday, March 18, 2009

KEHIDUPAN : MALANG TIDAK BERBAU



Baru balik dari hospital Seberang Jaya. Anak perempuan dimasukan wad kerana patah tangan pada petang tadi. Sementara menunggu isteri bersiap-siap untuk ke hospital kembali sempat juga postkan blog ini, walaupun rasa letih kerana berulang alik ke hospital. Dua minggu yang lalu abangnya masuk wad kini adiknya pula masuk wad. Tadi sempat juga bertanya doktor keadaan anak perempuan saya, menurut doktor patahnya tidaklah teruk dan tulang sikunya terkeluar sedikit. Walau bagaimana pun kes ini perlu dirujuk kepada pakar orthopedic untuk tindakan selanjutnya. Rujukan pakar hanya akan diketahui pada ke esokan harinya. Sementara itu hanya rawatan biasa sahaja yang diberi

Anak perempuan saya tidak pula menangis kerana isteri telahpun memberi rawatan awal dengan menyapu krim panas pada tangan untuk mengurangkan rasa sakit. Beliau telah mengambil tindakan yang betul dan ini menyebabkan tiada kesan bengkak pada tangan anak perempuan saya. Begitulah sifat naluri seorang ibu. Semalam adalah harijadi anak perempuan saya dan sempat juga saya menghadiahkannya Doll House. Selamat hari jadi sayang. Kini beliau bermalam dihospital pula begitulah kalau sudah ditakdirkan.

No comments: