Tuesday, March 24, 2009

KEHIDUPAN : KALAU SUDAH TIADA JODOH.



Ada masanya fikiran menjadi buntu dan tidak tahu apa yang hendak dituliskan dalam blogs. Adakalanya pula idea datang mencucah-curah bagaikan air hujan yang turun dari langit. Walau pun banyak peristiwa atau kenangan yang bolih dituliskan tetapi kebanyakan kenangan tersebut lebih kepada peristiwa yang cukup menyedihkan. Dalam menjalani kehidupan seharian sudah pasti manusia itu akan berhadapan dengan ujian sedih, suka dan duka. Sebagai manusia kita sentiasa mimpikan kehidupan yang sempurna tetapi kebanyakannya kehidupan yang kita inginkan tidak pernah tercapai sentiasa ada halangan dan rintangan. Disinilah letaknya ujian Illahi.

Apabila kita cuba mengimbas kembali kehidupan ini, sudah pasti ada peristiwa-peristiwa yang begitu mengusik jiwa dan menjadi ingatan sepanjang hayat. Samada peristiwa ini dikongsi ataupun dipendamkan didalam hati. Yang pastinya peristiwa yang berlaku itu menjadi rahsia hidup dan dibawa keakhir hayat. Kebanyakannya lebih kepada cinta yang tidak kesampaian.

Bercakap dalam soal cinta, kaum wanitalah yang selalunya menjadi mangsanya yang lebih dikenali dengan mangsa cinta. Bagi lelaki pula lebih kepada korban cinta. Adakah cinta yang dijalin itu pastinya berakhir dijinjang pelamin? Apabila direnungkan kembali peratusan mereka yang bercinta sejak di bangku sekolah dan berakhir dijinjang pelamin peratusannya amat kecil. Kebanyakannya bercinta dengan orang lain dan berkhawin dengan orang lain adalah satu fenomena yang biasa berlaku. Itulah dikatakan jodoh walaupun pada hakikatnya berikrar sehidup semati semasa dilambung alam percintaan.


No comments: