Friday, August 15, 2008

KEHIDUPAN : TIADA JALAN MUDAH


Pernamaan calon bagi pilihanraya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh akan diadakan pada 16 ogos 2008. Kebetulan tempat pernamaan calon tersebut berada berhampiran dengan pejabat saya, kelihatan poster-poster bagi pilihanraya tergantung dan berselang seli dengan parti pemerintah dan parti pembangkang. Apakah ada jalan mudah untuk kedua-dua pihak untuk menang dalam pertandingan tersebut? Parti pemerintah akan mengunakan seluruh jentera untuk memastikan pertandingan tersebut akan menyebelahi mereka. Maka isu-isu yang sensitif dan yang mengaibkan telah timbul secara tiba-tiba. Apakah ini akan memberi kesan kepada pihak lawan.? Terlalu awal untuk dibicarakan.


Yang pastinya tiada jalan mudah untuk menang, semua pihak akan mengunakan kepakaran masing-masing untuk menyakinkan pengundi bahawa merekalah yang layak untuk mewakili mereka diParlimen. Bagi pihak lawan, pilihanraya ini penting untuk jalan ke Putrajaya manakala bagi pihak pemerintah pula inilah jalan untuk meyakinkan pengundi bahawa mereka masih releven setelah kehilangan 2/3 majoriti di Parlimen.


Seperti biasa pihak pemerintah akan menjanjikan pembangunan dan projek-projek telah mula mencurah masuk dan janji-janji manis dan gula-gula pembangunan akan dicanang kehulu kehilir semata-mata untuk menarik perhatian pengundi. Calon-calon akan sibuk bertemu penduduk-penduduk sekitar dan akan pasti tidak kelihatan apabila diistiharkan menang ataupun kalah dengan beribu alasan, tetapi tak perlu risau kerana ini merupakan fenomena biasa dalam politik.


Pihak pembangkang pula akan mengunakan kepetahan bercakap serta menjanjikan pemerintahan yang adil dan saksama tanpa membeza-bezakan soal bangsa dan agama. Ceramah yang berapi -api serta dapat menarik perhatian pendengar. Kebanyakannya ceramah pihak pembangkang akan mendapat perhatian dan menjadi tumpuan orangramai kerana mereka membawa isu-isu yang membabitkan ketidak telusan pihak pemerintah dalam mentadbir negara.


Apa yang pastinya, tunggulah keputusannya setelah sepuluh hari berkempen yang akan bermula pada 16 ogos setelah penamaan calon dibuat. Tunggu dan lihat.

3 comments:

mohad said...

salam... apa khabar...

Putra Bertam said...

Khabar baik ijad.Saya harap kita akan dapat berjumpa seperti rakan -rakan yang lain dalam perjumpaan formal dan informal.

Putra Bertam said...

Khabar baik ijad.Saya harap kita akan dapat berjumpa seperti rakan -rakan yang lain dalam perjumpaan formal dan informal.