Tuesday, August 26, 2008

KEHIDUPAN : HARI MENGUNDI

Hari ni diumumkan sebagai cuti untuk Negeri Pulau Pinang, saya mengambil kesempatan ini untuk melawat dan melihat suasana di beberapa pusat mengundi bagi kawasan Pmtg Pauh. Cuaca agak mendung dan hujan turun renyai-renyai. Walau bagaimana pun ini tidak menjadi halangan bagi pengundi untuk memilih wakil Parlimen mereka.

Kelihatan penyokong parti-parti bertanding cuba meraih undi walaupun dalam keadaan hujan. Semangat mereka tetap tinggi untuk memastikan wakil yang dipilih akan menang dalam pertanding ini.

Penyokong parti Keadilan lebih menyerlah berbanding dengan parti lawan iaitu Barisan Nasional.




Dalam hujan renyai-renyai penyokong parti tetap setia.


Pusat mengundi bagi kawasan Jalan Baru Prai yang masuk didalam kawasan Permatang Pauh.


Penyokong mengibarkan bendera parti mereka dengan penuh semangat.



1 comment:

Unknown said...

worth the effort they've made..