Thursday, August 21, 2008

KEHIDUPAN : ADILKAH KITA


Kerap kita mendengar orang yang telah memeluk agama Islam dan murtad apabila berlakunya penceraian. Siapakah yang harus bertanggungjawab atas pekara ini? Kebanyakannya adalah dikalangan wanita setelah ditinggalkan suami. Kita harus mempersalahkan diri kita sendiri kerana gagal menjalankan tanggungjawab kita sebagai seorang Islam. Apakah ia berpunca dari kecetekan pengetahuan agama Islam yang ada dalam diri kita atau kita menganggap suratan takdir?




Tanggungjawab suami adalah memberi didikan agama yang sempurna kepada isteri , apatah lagi sekiranya isteri itu seorang yang baru memeluk agama Islam. Dalam hal ini si isteri mahukan perlindungan dari suami kerana beliau telah pun meninggalkan agamanya bahkan ada juga dikalangan mereka yang telah memutuskan hubungan keluarga kerana memeluk agama Islam.Kalaulah si suami itu mempunyai pendidikan agama yang agak sempurna dan dapat memberi didikan agama kepada isterinya maka kita akan dapat lihat sangat jarang berlakunya kes penceraian kerana rumahtangga yang dicurahi dengan kasih sayang yang bersandarkan agama akan memberi ketenangan walaupun akan dilanda ujian.




Dalam Islam, walaupun kita berkhawin dengan keluarga yang tidak Islam dan mungkin pada awal perkhawinan kita mungkin ditolak atau tidak diterima tetapi lambat laun dengan akhlak Islam yang kita bawa akan membuka satu pintu kesedaran bahawa Islam itu bukanlah satu agama yang zalim atau memporak perandakan rumahtangga. Malangnya ada juga orang Islam yang tidak mengamalkan agama Islam dan tidak langsung membawa amalan agama itu sendiri dalam rumahtangga akibatnya apabila berlakunya penceraian maka orang yang ditingglkan itu akan kembali kepada agama dan cara hidup asal kerana tidak dapat membezakannya.




Siapakah harus dipersalahkan atas tanggapan negatif ini?

1 comment:

Unknown said...

entahlah...manusia sering terlupa.berat mata kita memandang ,berat lagi bahu yang memikulnya.semuga kesedaran cepat wujud di hatinya.