Sunday, August 24, 2008

KEHIDUPAN : TAKUT Vs FOBIA


Sepanjang perjalanan ke pejabat yang terletak didalam kawasan Permatang Pauh menyaksikan pertembungan pilihanraya kecil antara tiga penjuru. Kelihatan poster-poster dan bendera-bendera yang diwakili olih parti-parti politik yang bertanding bergantungan disana-sini seperti satu pesta yang besar-besaran diadakan. Sepanduk-sepanduk yang membawa mesej yang menaikan semangat kemarahan dan menaikan semangat untuk terus berjuang bergantungan ditempat yang tinggi dengan tujuan untuk mempengaruhi pengundi. Persoalannya adakah pengundi hari ini serupa dengan pengundi pada zaman Tuanku Abd. Rahman. Abd. Razak dan Tun Hussien Onn?


Dalam pengamatan saya, tidak satu pun mesej yang sebenarnya disampaikan bahkan serangan secara peribadi melebihi dari objektif tujuan pemilihan itu diadakan. Parti lawan cuba menengahkan satu sistem yang lebih adil dan telus dalam sistem pemerintahan dengan memberi ruang kepada semua rakyat Malaysia menikmati hasil negara dalam erti sebenar segala hasil yang diperolihi adalah untuk dikembalikan kepada rakyat Malaysia.


Manakala parti pemerintah pula seperti biasa mengwar-warkan pembangunan disekitar kawasan Permatang Pauh yang dianggapkannya agak kemuduran dan tiada pembangunan semenjak dibawah kuasa parti pembangkang. Ianya lebih kepada janji-janji kosong yang dibuat sejak dahulu lagi kerana pembangunan itu adalah merupakan tanggungjawab dan bukannya satu tawaran. Adalah menjadi tanggungjawab pemerintah melaksanakan pembangunan kerana hasil yang dikutip itu adalah datangnya dari kutipan cukai pendapatan dari rakyat yang mempunyai idealogi masing-masing yang termaktub didalam perlembagaan.


Apakah pengundi itu sangat bodoh dan buta untuk menerima satu-satu pekara yang dipertengahkan oleh parti -parti yang bertanding? Dahulu mungkin boleh tetapi akal manusia semakin berkembang dan dapat meanalisiskan satu maklumat seperti mana komputer diciptakan. Pengundi tidak akan memangkah hanya sekadar emosi atau sekadar simpati walaupun golongan itu masih wujud kerana apa yang dipangkah hari ini menentukan maruah negara dimasa hadapan. Proses pemilihan adalah untuk memilih seorang wakil yang berwibawa yang boleh mewakili semua rakyat Malaysia. Bukannya untuk kepentingan diri dan kepopulariti.


Walau bagaimana pun byelection yang berlaku diPermatang Pauh mempunyai satu senario yang agak berbeza kerana ia penentu untuk mengembalikan maruah diri orang yang bertanding serta maruah parti pemerintah yang terjejas akibat kehilangan 2/3 majoriti dalam Parlimen. Pemilihan kali ini menyaksikan pertembungan dua idelogi yang berbeza, satu untuk menubuhkan Harapan baru untuk Malaysia dan disatu pihak pula untuk mempertahanan parti yang dikatakan telah ditolak oleh orang Melayu dan Tun Dr. Mahathir itu sendiri.


Hakikat yang sebenarnya adalah diantara takut dan fobia. Fobia kalau-kalau parti pembangkang yang diterajui oleh Dato Seri Anwar Ibrahim kembali ke Parlimen dan takut kalau-kalau apa yang diwar warkan oleh DSAI itu menjadi kenyataan. Lebih mudah lagi takut kehilangan kuasa yang dinikmati sekarang. Terdengar suara-suara yang hendak meninggalkan negara, meletak jawatan serta menyelamatkan harta sementara masa masih ada. Persolannya takut atau fobia?

1 comment:

Unknown said...

kalau dah sampai helicopter hoovering atas bumbung rumah orang sampai tercabut and pokok mangga orangpun ranap maknanya dua2 sekalilah tu,takut dan fobia....bagus jugak ada liputan terus menerus dari the people parliament tu...good job.