Tuesday, August 26, 2008

KEHIDUPAN : KEMPEN

Photo ini diambil disepanjang jalan dari lampu isyarat simpang Berapit hingga ke lampu isyarat Masjid Kubang Semang. Kesesakan bertambah diwaktu petang kerana waktu orang tempatan pulang dari kerja. Sepanjang jalan ini merupakan Hot Sit bagi Parti Keadilan dan Barisan Nasional.

Melihat kepada nombor plet kereta kebanyakannya adalah orang luar yang datang untuk membantu kempen bagi kawasan Permatang Pauh. Sepanjang jalan ini seperti pesta dan kelihatan para peraih undi cuba menarik perhatian pemandu sambil memberi manifesto parti masing-masing.


Sesak, sesak , sesak dan kenderaan terpaksa bergerak perlahan kerana hari ini merupakan hari terakhir kempen.


Bendera parti bergantungan berselang seli dengan parti-parti yang bertanding.


Selamat mengundi kepada semua pengundi bagi kawasan Permatang Pauh. Waktu berkempen tamat jam 12 tengah malam dan semua parti yang bertanding akan mengetahui wakil Parlimen apabila waktu mengundi ditutup jam 6 petang. Kerajaan Pulau Pinang telah pun mengistiharkan cuti umum bagi membolehkan penduduk kawasan Permatang Pauh untuk keluar mengundi bagi memilih wakil Parlimen mereka.


1 comment:

Unknown said...

i wish i was there,tak sabar nak tunggu result dia,yelah kalau bumbung rumah orangpun boleh terbang gara-gara dsai,mesti happenning punya kat sana