Sunday, August 10, 2008

KEHIDUPAN : KEKELIRUAN DALAM ADAT PERPATIH






" Biar mati anak jangan mati adat", kita kerap mendengar rangkapan ini dan
Masih banyak orang luar yang tidak faham tentang adat perpatih yang diamalkan oleh orang-orang Negeri Sembilan. Kerap kali mereka akan memperlecehkan adat tersebut tanpa meneliti adat tersebut. Walau pun saya tidak begitu arif tetapi sebagai salah seorang anak yang dilahirkan dari kalangan orang yang mengamalkannya terutamanya ayah saya merupakan ketua adat dikampung saya. Mari kita mengupas persoalan ini.

Salah faham tentangnya kerap berlaku. Sebenarnya rangkapan tersebut tidak lengkap, adat yang dimaksudkan dalam istilah orang adat perpatih adalah agama. Rangkapan yang lengkap ialah "Biar mati anak jangan mati adat, adat bersandarkan hukum dan hukum bersandarkan syariat"


Adat yang dimaksudkan itu bersandarkan agama yang dipegang kuat dalam adat perpatih. Adat tersebut datangnya dari Sumatra yang berpegang teguh dengan agama Islam. Adat yang berasal dalam amalan orang Minangkabau yang terkenal dengan orang alim ulama.


Mengapakah adat perpatih memuliakan atau meletakan orang perempuan satu tempat yang tinggi dalam pemilikan harta pusaka? Jawapannya ialah, pada orang yang mengamalkan adat perpatih melihat bahawa kaum perempuan ini adalah lemah dan mudah diperdayakan, sekiranya berlaku penceraian sekurang-kurangnya ada tempat berteduh dan tidak hidup merempat ditanah orang. Dalam soal pemilikan harta salah faham juga berlaku. Apabila kematian ibu atau bapa harta yang ditinggalkan akan difaraihkan oleh hakim mengikut agama tetapi bagi pihak lelaki sulung pula akan memberitahu hakim supaya bahagian lelaki diserahkan kepada adik beradik perempuan kerana pihak lelaki mempunyai kudrat untuk mencari harta lain. Ini bermakna tanah pusaka tersebut akan turun kemurun diperturunkan kepada pihak perempuan.


Bercakap mengenai keluar rumah sehelai sepinggang apabila berlakunya penceraian oleh pihak lelaki, sepanjang hayat saya tidak pernah berlaku dikalangan lelaki adat perpatih kerana kita telah diasuh supaya bekerja kuat dan memastikan apabila berlaku perceraian maka nasib anak-anak dan bekas isteri terpelihara dan tidak berlaku penganiayaan terhadap pihak tersebut. orang lelaki mampu berdikari dan mampu untuk mengumpul harta pencariannya.


Mungkin zaman telah berubah kerana kebanyakan orang perempuan juga mempunyai pendapatan sendiri dan mampu untuk memiliki harta. Maka tidak timbul masaalah kewangan apabila berlakunya penceraian tetapi dalam adat perpatih orang perempuan masih terikat kepada adat tersebut. Apabila harta itu adalah harta pencarian bersama terpulanglah kepada pihak lelaki untuk menentukannya.












1 comment:

Unknown said...

quiet interesting topic...shld elaborate more