Saturday, August 9, 2008

KEHIDUPAN : KUASA


Melihat keadaan suasana politik hari ini, ternyatalah begitu banyak manusia menjadi gila kuasa. Apakah kuasa yang hendak dimiliki itu untuk digunakan bagi kepentingan diri atau untuk membaiki keadaan rakyat yang sedang menderita akibat perebutan tersebut. Walhal kuasa yang diberi itu merupakan amanah dan akan disoal apabila kita kembali kerahmatullah. Adakah kita telah mengunakan kuasa kita untuk menjalani kehidupan seharian kita.


Kuasa seorang ayah adalah untuk menentukan agar keadaan rumahtangga terkawal baik dan ahli keluarga berada dalam keadaan selamat serta dapat mengawal daripada pekara-pekara yang boleh merosakan serta maruah keluarga terpelihara. Kadang-kadang kuasa yang dimiliki itu juga harus digunakan dengan kuasa veto agar anak-anak dapat dibentuk, dikawal dan sentiasa berada dalam keadaan terkawal dari anasir-anasir yang merosakan. Dalam erti kata yang lain mengjadualkan hidup agar berdisplin dan patuh pada yang telah ditetapkan.


Kuasa seorang raja pula , menentukan agar rakyat dibawahnya dapat hidup dengan sempurna dan keadilan dapat ditegakkan apabila ia memerlukannya. Raja hanya menentukan agar rakyat mematuhi arahan dan undang-undang yang telah disediakan. Kuasa yang ada dapat menyatukan rakyat tanpa menbeza-bezakan keadaan status hidupnya dan semuanya mempunyai hak untuk pembelaan.


Walau apa pun kedudukan seseorang dalam satu-satu organisasi ,apabila satu kerusi yang diberi untuk diduduki maka ia akan bertanggungjawab atas tindaktanduknya dalam amanah kuasa yang diberikan. Maka terpulanglah kepada yang penerimanya. Dalam apa keadaan pun orang yang menerima kuasa itu perlu beramanah dan beragama.


Kita telah lihat berapa banyak penyalahan kuasa telah berlaku kerana perasaan tamak dan gila kuasa. Sebelum amanah diberikan masing-masing bersumpah bahawa kuasa yang diberi akan dipikul dengan penuh tanggungjawab tetapi janji hanya tinggal janji. Terpulanglah pada kita samada kita takut pada Tuhan yang sentiasa melihat kita.


Kita ingin menangkap tikus maka diberi umpan yang baik agar tikus tertipu dengan makanan tersebut dimana tujuan kita bukanlah untuk memberi makan kepada tikus tetapi satu perangkap dan orang yang menyediakan umpan tersebut sentiasa memerhati. Begitulah juga manusia yang diberi kuasa bukanlah untuk dimuliakan tetapi satu amanah dan ada orang yang sentiasa memerhatikannya.


Fikir-fikirkan lah bagi mereka yang ada kuasa ditangan, baik peringkat bawahan hinggalah kepada pihak atasan.

No comments: