Thursday, June 12, 2008

KEHIDUPAN : UJIAN HIDUP.

Semenjak kenaikan bahanapi secara mendadak, tidak pernah manusia terfikir apa yang berlaku ini adalah kehendak Allah Swt. Apa yang berlaku ini adalah merupakan satu ujian bagi manusia. Ujian ini juga merujuk kepada dua golongan manusia.

Golongan pertama, bagi orang yang beriman pula ia merupakan satu tahap peningkatan keimanan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang dianggap kecil disisi Allah Swt.

Golongan kedua pula bagi orang yang beriman tetapi ingkar dengan perintah Allah Swt, ia merupakan satu azab dari Allah Swt.

Apabila berlaku ujian seumpama ini kita sepatutnya bertambah kuat iman dan yakin kita kepada Allah Swt kerana ia merupakan Qadaq dan Qadar yang telah ditentukan. Mari kita merenung sejenak disebalik hikmahnya kenaikan tersebut tersembunyi elemen-elemen positif yang Allah Swt ingin berikan kepada manusia ini.

1. Apabila barang keperluan harian seperti beras,tepung, gula, minyak dan bahan mentah seperti ikan, daging, ayam dan sayur-sayuran mengalami kenaikan harga yang melambung tinggi. Hikmahnya ialah Allah Swt mahu manusia ini kurangkan makan kerana makanan yang berlebihan mendatangkan kesan yang buruk untuk kesihatan manusia. Seperti mana sunnah Nabi Saw, makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Manusia makan apabila perlu maka secara tak langsung permintaan terhadap barang-barang yang disebut diatas akan berkurangan. Disamping itu kesihatan manusia akan bertambah baik kerana punca penyakit adalah makanan yang diambil berlebihan. Perut merupakan punca segala penyakit.

2. Apabila harga petrol naik hikmahnya Allah Swt mahu manusia kurangkan mengunakan kenderaan kerana karbon dioksida yang dilepaskan dari ekzos kereta adalah beracun dan memudaratkan kehidupan. Allah Swt mahu manusia berkongsi kereta disamping dapat menjimatkan ia juga dapat mengeratkan siratulrahim sesama manusia.

3. Apabila sesuatu perkhidmatan memerlukan pembayaran, Allah Swt mahukan manusia sentiasa tolong menolong diantara satu sama lain dan melakukan sesuatu kerja tanpa meminta bayaran secara gotong royong. Ini akan meningkatkan ukhwah sesama manusia disatu-satu kawasan.

walaupun apa yang terjadi, ini merupakan satu ujian dan terpulanglah kepada kita digolong didalam golongan mana. Disebalik kesenangan tersembunyi kesusahan dan disebalik kesusahan tersembunyi kesenangan. Sesungguhnya Allah Swt jua yang Maha Mengetahui. Dari Allah Swt kita datang kepada Allah Swt jua akan kita kembali.

No comments: