Sunday, June 1, 2008

KEHIDUPAN : PERUBAHAN


Kehidupan ini harus sentiasa ada perubahan atau lebih dikenali dengan penghijrahan dari satu tahap kesatu tahap yang lebih baik. Ada orang mahukan penghijrahan untuk keselesaan hidup maka usaha kearah mencapai impian tersebut dilakukan. Manakala ada juga yang mahukan penghijrahan untuk mencapai kehidupan yang lebih sempurna didunia dan akhirat.




Kehidupan tidak semestinya kaya tetapi kehidupan yang sebenarnya adalah lebih kepada bentuk ketenangan jiwa dan bebas dari belenggu segala masaalah hidup seperti hutang piutang dan hidup dalam keadaan sederhana tanpa ada yang memburu atau hidup dalam ketakutan walaupun disekelilingi dengan kemewahan.




Oleh itu harus ada keberanian dalam melakukan perubahan dan faham akan kehendaknya. Melihat kepada template blogs saya. maka perubahan harus dilakukan agar ia lebih bersifat universal dan borderless yang melambangkan bahawa dunia ini dicipta oleh Allah Swt sebagai satu dan manusialah yang mencipta sempadan untuk membeza-bezakan diantara satu negara kesatu negara.




Dengan perubahan ini ia membawa erti yang lebih bermakna dalam mendefinasikan kehidupan ini.




Latar belakang putih melambangan kesucian hidup ini dan gambar blog yang tidak disempadankan melambangkan kebebasan tanpa ada sempadan.




Bak kata orang dunia hanya diujung jari.






2 comments:

Unknown said...

prefer your blog with some colours.anyway cute working station with all those teddies....

Unknown said...

How to manage change? Do Not change!