Sunday, June 8, 2008

KEHIDUPAN : MONKEY BUSINESS

Chairman tengah sibuk buat kerja untuk sediakan paperwork untuk dibentangkan pada mesyuarat shareholders.


Chairman tengah buat suprise check diKolej.


LUCKNOW: Dia sebenarnya seekor monyet, tuhan dan kini dilantik sebagai pengerusi kolej perniagaan. Hanuman, dewa monyet Hindu yang dianggap mempunyai kekuatan dan keberanian, dinamakan sebagai pengerusi rasmi Kolej Teknologi dan Pengurusan Sardar Bhagat Singh di utara India, kata seorang pegawai institusi itu semalam. Jawatan itu bagaimanapun datang bersama aroma apabila pejabat dipenuhi bau kemenyan, meja dan komputer riba. Empat kerusi akan diletakkan berdepan kerusi kosong yang dikhaskan untuk pengerusi suci itu, namun semua pelawat yang memasuki pejabat itu perlu berkaki ayam, kata Vivek Kangdi, Naib Pengerusi kolej itu. “Menjadi kepercayaan kami, pekerjaan yang mendapat restu dewa Hanuman akan mencapai kejayaan,” “Penganut Hindu tahu bahawa Hanuman boleh mengangkat gunung dan menyeberangi lautan, tetapi teks lama tidak menyebut mengenai tuah dalam perniagaan. Tidak mengapa,. “Apabila kami mencari pengerusi untuk institusi kami, kami mengimbas ramai nama besar dalam bidang teknologi dan pengurusan. Akhirnya, kami memutuskan Dewa Hanuman, kerana tiada siapa lebih berkuasa. kata kangdi.



Petikan dari Berita Harian 7Jun2008 Bahagian Berita Luar Negara.


Monyet lebih dipecayai dari manusia kerana tak tahu complain dan tak perlu bayar elaun serta elaun petrol.Secara tak lansung mengingatkan saya cerita yang agak famous iaitu The Planet Of Apes. Beruk-beruk menguasai manusia.


1 comment:

Unknown said...

i love this posting and the new layout...tenang gambar tasik tu..