Tuesday, June 24, 2008

KEHIDUPAN : SIAPA YANG BIJAK.

Undi tidak percaya yang diwar-warkan yang sepatutnya dibentangkan diparlimen oleh salah satu komponen BN dari sabah tidak menjadi satu kenyataan setelah Ahli Parlimen tersebut tidak hadir untuk menyertai sidang Parlimen pada hari Isnin yang lalu. Menurut akhbar mereka tidak hadir setelah menerima ancaman dan diarahkan pulang keSabah semula. Adakah ini juga merupakan satu perancangan atau salah satu lagi taktik dalam politik.

Yang menariknya semua Ahli Parlimen BN diarahkan menghadiri semua sessi Parlimen untuk mengelakan kekurangan sokongan sekiranya usul no confident dibentangkan. Walau bagaimana pun pemerintah lebih bijak kerana mereka telah mengusulkan supaya usul kesan kenaikan harga bahanapi dan langkah-langkah untuk menanggani masalah tersebut telah mendapat sokongan penuh dari BN, 129 meyokong manakala 78 pula menentang. Ini memberi makna bahawa PM mendapat sokongan penuh dari parti yang dibawah pimpinannya.

Persoalannya apakah ini satu taktik untuk melumpuhkan usul no confident dari berlaku atau pihak yang akan membawa usul tersebut sedang membuat satu rancangan, menanti masa yang sesuai apabila pihak pemerintah terlalai atau terlupa tentang pekara tersebut. Dalam politik terdapat berbagai bagai cara percaturan atau strategik dalam mencaturkan sesuatu pekara.

No comments: