Sunday, June 15, 2008

KEHIDUPAN : DONG MUANG AIRPORT BANGKOK

Jumaat. Ogos, 1995. Saya telah menerima satu surat dari majikan saya untuk menghadiri satu mesyuarat di New Delhi India. Beliau telah pun berada disana lebih awal dan tugasan saya ialah untuk membawa Dokumen disamping itu mewakili Butterwort untuk perjumpaan tersebut. Sebaik sahaja menerima undangan tersebut terus membuat tempahan tiket di Thai Airway diPulau Pinang. Jika dibandingkan dengan harga penerbangan MAS, harga tambang Thai Airway lebih murah tetapi terpaksa transit di Bangkok untuk satu malam.

Saya bertolak ke Bangkok jam 4.00 petang dari Bayan lepas International Airport dan dijangkakan sampai pada pukul 5.oo petang waktu Bangkok. Penerbangan mengambil masa lebih kurang satu jam lebih.

Sebaik sahaja berlepas minuman dihidangkan dan Kapten memberitahu bahawa cuaca agak baik dan akan mendarat di Phuket untuk mengambil penumpang dan kerja-kerja pembersihan.



Sebaik sahaja sampai diPhuket International Airport, Kapten mengarahkan penumpang supaya turun untuk kerja-kerja pembersihan dan hidangan ringan disediakan diruang menunggu. Kerja-kerja pembersihan dijangka mengambil masa lebih kurang setengah jam kemudian apabila siap semua penumpang diarah naik kembali dan bersedia untuk berlepas ke Bangkok.

Pemandangan Pulau Phuket agak menawan kerana terdiri dari ratusan pulau-pulau kecil dan ada persamaan seperti pulau Langkawi. Hidangan makan malam akan dihidangkan. Saya telah pun membuat pesanan makanan halal diPulau Pinang. Hidangan makan malam hari ini ialah nasi briyani berlaukan ayam. Disebelah seat saya adalah seorang thai dan menerima hidangan yang serupa membuatkan saya merasa ragu-ragu tentang makanan tersebut.

walau bagaimana pun saya tidak menjamah makanan tersebut dan hanya meminta buah-buahan sahaja. Selepas satu jam kad mendarat diedarkan untuk diisi untuk memudahkan kerja-kerja imegresen di Bangkok Airport nanti. Sebaik sahaja mendarat di Bangkok terus menuju kepintu Transit. Sekarang saya mempunyai dua option satu terus menunggu di Transit room atau keluar terus , kerana penerbangan seterusnya pada waktu petang esok.


Rombongan saya terdiri dari 12 orang dan pemandu arah mengarahkan supaya keluar dari transit room . Kebetulan berjumpa dengan seorang Pengurus Airport yang beragama Islam dan membenarkan kami mengunakan Musollah ditingkat atas untuk kegunaan kami bermalam dan berihat sementara menunggu penerbangan seterusnya ke India. Perut terasa lapar dan saya keluar untuk malam malam di hadapan Airport. Agak susah juga untuk mencari gerai makan orang Islam tetapi Alhamdullillah jumpa juga dengan pertolongan orang tempatan disana.

Hidangannya ialah ayam panggang bersama nasi putih , boleh jugalah kerana dah lapar sangat. Selepas makan terus ke Airport untuk berehat dan tidor. Dong muang Airpot agak besar dan luas. Saya rasakan Airportnya agak sibuk dan ia merupakan tempat persinggahan untuk penerbangan antarabangsa. Boleh dikatakan semua negara menjadikan Bangkok sebagai tempat pendaratan untuk negara Asean.


Keesokan harinya selepas sahaja makan tengahari .saya bersiap sedia untuk penerbangan ke India. Oleh kerana saya telah keluar dari Airport transit room saya kena beratur pula untuk diperiksa kembali dan dicop pasport. Saya ada lebih kurang dua jam lagi. Tukar duit baht untuk membayar Airport tax sebanyak 300 bath. Orangramai beratur untuk pemeriksaan kastam dan imirgesen. Jam ditangan menunjukan saya kesuntukan masa kerana kapalterbang akan berlepas lebihkurang 45 minit lagi dan saya masih beratur untuk pemeriksaan.

Sebaik sahaja sampai giliran saya, pegawai imirgesen menyoal banyak soalan dan saya jawab," saya penerbangan ke New Delhi dan hanya tansit di Bangkok sahaja. Jawapan saya masih tidak memuaskan hati pegawai tersebut, lalu meminta IC saya. Saya merasa cemas kerana masa semakin suntuk. Saya diarahkan berdiri disatu sudut dan beliau meneruskan pemeriksaan penumpang yang lain. Dalam hati tertanya-tanya juga apa kesalahan saya. Rakan-rakan yang lain semuanya dah lepas.

Ketua rombongan menanti saya dan mengarahkan yang lain pergi dulu kerana takut kalau-kalau terlepas penerbangan ke India. Selepas beberapa penumpang lain diperiksaa, saya dipanggil lagi dan kali ini beliau menyoal saya kenapa tandatangan saya tak serupa dengan passport. Saya menjawab tandatangan tersebut tak serupa kerana passport saya dibuat semasa saya masih student lagi. Tidak puas hati dengan jawapan saya beliau mengarahkan saya membuat satu tandatangan serupa dan kali i ni baru beliau berpuas hati dan saya dibenarkan meneruskan perjalanan.

Rasa cemas makin terasa dan terpaksa berlari untuk ke gate pelepasan yang agak jauh. Tertera ditiket gate no.74. Kedengaran pengumuman tersiar beberapa kali mengingatkan penumpang ke New Delhi." Attention please. Malaysian passengers for New Delhi fight, please boarding now" dua ,tiga kali pengumuman dibuat. Saya dan ketua rombongan berlari menuju ke gate tanpa menggunakan walk escalator kerana lambat.

Sebaik sahaja sampai petugas gate mengarahkan cepat dan terus masuk lalu pintu kapalterbang ditutup. Seperti biasa penumpang telah menunggu dan Kapten memberitahu penerbangan ditangguh untuk beberapa minit kerana cuaca tidak mengizinkan. Rasa cemas dan penat berlari masih terasa lagi. Saya selamat sampai di New Delhi yang mengambil masa lebihkurang dua jam perjalanan dan mendarat di Indra Ganhdi International Airport pada waktu petang. Cuaca baik dan cerah.


Inilah pengalaman yang tidak mudah dilupakan setelah ditahan oleh pihak Imirgesen Thailand hanya kerana tandatangan tak serupa dengan passport. Gambar diatas menunjukan kesesakan yang biasa di kota Bangkok. Dari Bangkok ke Dong Muang Airport tidak jauh tetapi kena keluar tujuh atau enam jam lebih awal dari waktu penerbangan untuk mengelakan tersangkut di dalam kesesakan jalanraya disana.

Pengalaman menjadikan kita matang dan berhati-hati semasa untuk keluar negara. Jumpa lagi untuk pengalaman di New Delhi India dengan cerita yang lebih menarik. Yang pastinya senyuman dan layanan pegawai kastam dan Imirgesen serta petugas Airpot Malaysia jauh lebih baik dan profesional dalam mengendalikan penumpang.

No comments: