Saturday, June 21, 2008

KEHIDUPAN : CUKUP RASA CHALLENGE.

Sabtu 21Jun 2008, sampai agak lewat sekitar jam 6.50 pagi dan kelihatan rakan-rakan sekerja telah pun berada dilokasi lebih awal. Mencari lokasi yang baik untuk menjalankan aktiviti jualan langsung dan promosi Cukup Rasa Maggi. Berinteraksi secara terus dengan pengguna dan memberi penerangan tentang penggunaan Maggi Secukup Rasa. Challenge hari ini adalah untuk mengatasi jumlah jualan yang dibuat di Sungai Siput dibawah ASO Kuala Kangsar. Jumlah tertinggi 53 carton.



Sebelum jualan dibuat briefing diberi oleh Exec. cara susunan dan atur kerja yang harus dilakukan oleh setiap Sale Rep. Jualan dan Promosi ini dibantu oleh En. Zainal Puteh. Walau bagaimana pun beliau ditugaskan menjaga bahagian Nescafe Tongkat Ali dan Ginseng. Target yang ditetapkan oleh Exec. ialah sebanyak 70 ctn dan kami yakin boleh dicapai memandangkan tempat yang diberi agak strategik iaitu pintu masuk kebahagian barang basah.


Susunan telah sedia dan kami bersedia untuk memulakan tugas, masih awal dan kelihatan tiada pengunjung pada masa itu. Jam menunjukan pukul 7.30 pagi dan semua persiapan berjalan dengan lancar. Semua Salerep. telah diberi tugas masing-masing dan penerangan tentang penggunaan serta kegunaan Cukup Rasa telah pun diberi oleh En. Zainal Puteh pada hari Jumaatnya.



Kelihatan pelangan pasar mula membanjiri kawasan promosi kami dan kebanyaknya mencuba minuman Nescafe Tongkat Ali dan ginseng.


" Bang cuba satu cawan, dan kami membuat promosi hari ini dengan harga yang cukup istimewa, satu set hanya RM 10. Abang dapat satu pek Nescafe Tongkat Ali, Cukup Rasa 120gm, kiub mini ikan bilis dan percuma container, cukup murah dan hari ini sahaja. Kalau tak beli rugi" kata Encik Zainal Puteh.



" Bang cuba Cukup Rasa dan ia penganti garam dalam masakan. boleh guna untuk semua jenis masakan kegemaran, hari ini promosi satu set RM10 dan Cukup Rasa dua pek dan percuma kiub mini ikan bilis RM5.00 sahaja, cukup murah." kata my Exec Jt.



Auntie, " Ini cukup Rasa sudah complete ma, ada bawang putih, garam, msg dan perasa ikan bilis tak payah susah-susah bubuh sahaja secukup rasa dah boleh makan. sedap ." kata Teoh Phaik Leong rakan sekerja.


" Mari,mari ini Nescafe Tongkat Ali bukan untuk lelaki sahaja, untuk perempuan juga boleh bagi tenaga dan melancarkan perjalanan darah." mari aso mari cuba kemudian beli satu set, murah.




"mari,mari , hari in kita mahu tnjuk cara-cara menggunakan Cukup Rasa dalam masakan. Pasti sedap. Hari in kita mahu masak Bihun Goreng Singapore lepas makan boleh beli Cukup Rasa satu set ada dua pek Cukup Rasa 120gm dan percuma kiub mini ikan bilis. Guna Cukup Rasa macam kita guna garam dan tak perlu lagi bahan-bahan lain." kata Hirman FPO Maggi Sampling Van.



Mansor merchandiser. " mari,mari kakak dan abang cuba ini Cukup Rasa senang dan mudah, lagi menyedapkan masakan. rugi tak cuba dan beli. murah hari ini sahaja." sambil diperhatikan oleh Exec.


Macam -macam cara untuk mempromosikan keluaran Nestles Product. Hanging panel untuk Nescafe Tongkat Ali. En. Kalimuthu Chin Heng Spiderman untuk Cukup Rasa, Wet Market sale Rep.



Spiderman wet market sedang mempromosikan Cukup Rasa didalam pasar kepada peniaga barang basah dan kering didalam pasar Bagan Ajam. Promosi hari in sahaja.



Macam biasa. lepas jualan yang agak memberangsangkan kita pergi makan tengahari di restoran nasi kandar. Jualan mencapai sasaran. melebihi dari Sungai Siput. 70 ctn Cukup Rasa dijual secara terus kepada pengguna. Pengerusi Pasar mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan beliau juga dilantik sebagai Ambasador untuk Cukup Rasa bagi kawasan Market Bagan Ajam. Semua pulang dengan senyuman selepas kenyang makan yang dibayar oleh my Exec.




No comments: