Tuesday, June 17, 2008

KEHIDUPAN : RUMUSAN BERITA

Walaupun masih banyak lagi berita yang menarik perhatian saya, terutamanya berita tentang komponen BN dari Sabah yang dikatakan melompat parti tetapi di nafikan begitu juga tentang kenyataan penasihat Pakatan Rakyat yang mendakwa telah berjumpa dengan MCA dan keputusannya beberapa ahlinya berminat untuk melompat parti ini juga dinafikan, maka keluarlah kenyataan yang cabar mencabar tentang kesohihannya berita tersebut.


Manakala Pengerusi Petronas pula mengeluarkan kenyataan bahawa Petronas mengeluarkan penyata kewangannya tiap-tiap tahun selama 18 tahun, walau bagaimana pun penyata tersebut tidak pula menyatakan tentang cara ia dibelanjakan dan termasuk pembelian pesawat peribadi untuk kegunaan ahli Eksekutif Petronas. Ahli-ahli Politik mahukan ianya dibentangkan diParlimen agar ia lebih telus dan bertanggungjawab. Rakyat mahukan ketelusan.


MAS pula mengeluarkan kenyataan bahawa keistimewaan yang diberi kepada CEO Airasia ditarik balik kerana tidak berpuas hati dengan cara pesaingnya menjalankan promosi. Ini bermakna CEO Airasia terpaksa membayar tiket penerbangan secara penuh yang sebelum ini ia mendapat diskaun sebanyak 50% untuk antarabangsa dan 75% untuk dosmetik.
Walau bagaimana pun beliau masih mendapat diskaun dari Cathay dan Qantas manakala percuma dari Virgin Airline. Nampaknya bukan ahli politik sahaja bermusuh bahkan ahli perniagaan juga tikam menikan musuhnya untuk survival perniagaan.


Kenaikan harga petrol juga masih lagi menjadi topik perbincangan, walaupun kerajaan telah memperkenalkan begitu banyak insentif bagi meringankan beban pengguna akibat kenaikan kos sarahidup dan barang pengguna. Kerajaan juga cuba memperkenalkan Kad diskaun, ada yang setuju dan ada pula yang membantah kerana tidak praktikal. Yang pastinya rakyat beratur untuk mendapatkan rebet kewangan bagi kenderaan bermotor.


Beralih kepada blog pula bekas perdana menteri memberi komen tentang pencalonan presiden yang mana akan menyebelahi Pak lah walaupun akan dicabar oleh Ku Li . Manakala beliau merasa agak kecewa tentang kenyataan timbalan perdana menteri yang tidak bertanding untuk jawatan presiden. Kenyataan tersebut membuatkan beliau merasa sangsi tentang permulihan dalam UMNO yang dianggapnya dalam krisis. Beliau juga tidak yakin bahawa UMNO akan pulih dan akan mengalami kekalahan yang lebih teruk dalam pilihanraya yang akan datang.
Bahkan beliau juga merasa sangsi bahawa timbalan perdana menteri akan menjadi presiden dan akan mengetuai UMNO pada masa hadapan. Beliau menyatakan lagi, tidak nampak Pak Lah akan turun atau menyerahkan jawatan tersebut kepada timbalanya walaupun beliau telah membuat kenyataan untuk penyerahan tetapi tidak pula menyatakan tarikh penyerahan.


Walau apa terjadi yang pastinya barang-barang keperluan harian naik melambung, mengakibatkan ada yang terpaksa memberi gantian untuk susu anak mereka. Susu formula untuk bayi naik dengan mendadak dan luar diluar kemampuan untuk mereka yang berpendapatan RM1500.


Yang pastinya walaupun pergelutan dalam parti UMNO dan cita-cita Pakatan Rakyat untuk menguasai Kerajaan Persekutuan, mereka tidak merasa perit kehidupan sepertimana rakyat pertengahan dan bawahan yang bergelut untuk mendapatkan barangan yang harganya munasabah untuk meneruskan kehidupan ini.

Kehidupan ini harus diteruskan walaupun begitu banyak halangan yang terpaksa dilalui.

1 comment:

Unknown said...

Kadang kadang baca berita macam tengok wayang pulak. Pelakon pelakon telah dikenali tapi siapa directornya? Macamana dia mengarahnya?
C'est la vie.......