Thursday, June 5, 2008

KEHIDUPAN : SIAPA YANG BETUL.


Beliau berkata hujah kerajaan bahawa kenaikan tersebut akibat kenaikan harga minyak mentah dunia dan kerajaan terlalu terbeban dengan subsidi sebagai "alasan basi" dan tidak dapat diterima rakyat.Bukan setakat itu sahaja, kenyataan bercanggah beberapa menteri berkenaan jumlah subsidi minyak, banyak menimbulkan persoalan. Datuk Shahrir Samad baru-baru ini ngatakan subsidi minyak adalah sebanyak RM56 billion manakala semalam Tan Sri Nor Mohamad Yakcop mengatakan subsidi minyak sekadar RM28 billion. "Apatah lagi menurut Laporan Kewangan Kerajaan 2007, anggaran keseluruhan subsidi 2007 adalah RM12.0 billion, justeru itu kami menganggarkan bahawa jumlah petrol adalah hanya sekitar RM8-10 billion. Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) pula menggesa duit sebanyak RM13.7 bilion hasil penjimatan bagi mengurangkan beban kos sara hidup pengguna.Gabungan itu mencadangkan kerajaan meningkatkan khidmat pengangkutan awam dan menyelaraskan kadar perkhidmatan lain .

Sila rujuk rajah diatas senarai harga petrol dinegara yang mempunyai hasil minyak dibumi mereka. Dimanakah letaknya tanggungjawab sosial Petronas dan kerajaan.
Petikan dari Malaysiakini edisi Bahasa Malaysia.
Dibawah tajuk- AZIZAH , RAAKYAT TERTIPU ISU MINYAK.

No comments: