Friday, June 13, 2008

KEHIDUPAN : KEDAI RUNCIT NURHIKMAH.

Agak menarik hari in apabila saya bertemu dengan seorang pelangan dikawasan Teluk Air Tawar. Hanya dua pintu kedai sahaja, satu berniaga kedai makan dan sebelahnya adalah kedai runcit. Setelah selesai mengambil pesanan datang seorang lelaki dari kedai makan sebelah lalu bercakap dengan kakak kedai runcit tadi supaya membuat pesanan makanan kerana beliau akan tutup untuk sembahyang jumaat.

"Setiap hari tuan punya kedai makan akan menyimpan baki lauk pauk untuk saya", kata kakak kedai runcit. "Ia seorang duda", kata kakak lagi. Nampaknya mereka berdua agak mesra. Kakak kata lagi bahawa" lelaki tersebut adalah bekas suaminya." Ini memeranjatkan saya kerana tak terfikir lansung bahawa mereka begitu baik seolah olah tiada apa-apa pekara yang berlaku diantara mereka.

Lantas saya bertanya dengan sopan dan meminta maaf kalau-kalau pertanyaan saya akan meyinggung perasaan kakak," tak kakak menjawab". Setelah begitu lama berkawan semula kakak tak terasa nak merujuk balik ke?" Tak pula dan begitu juga tuan kedai sebelah" jawab kakak tadi. Ramai pelangan beliau bertanya begitu juga.

Beliau menjawab lagi bahawa dah ditakdirkan dan beliau merasa selesa dalam keadaan begini kerana bebas dan tak perlu minta izin kepada sesiapa untuk bergerak kemana-mana. Beliau menjawab lagi lebih baik beliau berkawan baik sahaja kerana ada hikmahnya

Lalu saya pun diam dan minta izin untuk beredar kerana waktu sembahyang jumaat telah hampir. Saya meninggalkan kedai tersebut dengan penuh tanda tanya. Apabila saya menoleh kepapan tanda kedai runcit tersebut tertulis perkataan Kedai Runcit Nurhikmah. Mungkin ada hikmahnya apabila mereka tidak bersatu kembali.

1 comment:

Unknown said...

so change you believe now that from lover we can also be very good friends. buktinya dah pun you nampak.actually to me it all depends on how you want to accept it....