Wednesday, June 11, 2008

KEHIDUPAN : KESAN KENAIKAN MINYAK

Sehari selepas pengumuman kenaikan harga bahanapi utama petrol dan diesel,penguasa bas sekolah juga mengumumkan kenaikan tambang bas sekolah kerana tidak dapat menampung kenaikan kos pengendalian. Kenaikan tersebut telah dijangkakan kerana ia mempunyai kaitan secara langsung.

Bahkan pengusaha kantin sekolah juga turut menaikan harga makanan disekolah kerana tidak dapat lagi menanggung kenaikan harga bahan-bahan makanan. Ini bermakna ibubapa terpaksa memberi wang saku yang lebih untuk anak-anak yang bersekolah.

Selepas dikejutkan dengan kenaikan harga petrol yang mendadak, pengguna terpaksa bergelut dengan kenaikan kos sara hidup pula.Kenaikan tersebut seolah olah tidak dapat dikawal oleh kerajaan. Mangsanya adalah golongan pertengahan dan bawahan. Belanja bulanan yang telah diatur terpaksa dirombak kerana digunakan untuk menampung kenaikan tersebut. Ini bermakna wang yang sepatutnya untuk disimpan terpaksa digunakan.

Jadual kehidupan terpaksa diatur agar pendapatan yang diperolehi dapat menampung belanja untuk sebulan. Setiap sen yang dibelanjakan terpaksa diambil kira tentang keperluannya serta perbelanjaan yang dianggap tidak wajar dihentikan. Keluar dihujung minggu juga dikurangkan agar dapat menjimatkan wang.

Penggunaan kenderaan akan dirancang agar penggunaan petrol boleh dijimatkan sebanyak yang mungkin. Kesannya akan lebih terasa lagi apabila kerajaan juga turut mengumumkan kenaikan tarif elekterik bermula pada July ini.

Bak kata lagu SM Salim apa nak jadi............

1 comment:

Unknown said...

Aku kayuh basikal je