Thursday, October 30, 2008

KEHIDUPAN : RAHSIA HIDUP.


Kadang-kadang fikiran menjadi buntu untuk memikirkan sesuatu untuk ditulis didalam blog yang bersifat peribadi. Semalam macam biasa semasa dalam perjalanan ke Pejabat yang mengambil masa lebih kurang limabelas minit menerima satu sms dari kawan lama meminta nasihat bagaimana nak mencari satu teman hidup. Mengeleng kepala dibuatnya kerana aku bukanlah kaki mengurat baik masa muda apatah lagi masa kini disaat umur yang harus diperbanyakan untuk membuat ibadat untuk menganti masa yang berlalu dengan sia-sia.


Beliau meminta nasihat untuk kawannya yang khabarnya tinggal diLondon, cantik,tinggi dan mempunyai harta bermillion setelah memenangi satu kes yang melibatkan perkhawinan. Kenapa jadi begitu? Apakah wang yang bermillion itu masih tidak dapat menyenangkan hidup atau hidup kosong tanpa teman setia disisinya. Tiada jawapan yang tepat untuk itu. Ini bermakna kesenangan dan kemewahan hidup belum pasti membawa manusia kepada kebahagian. Ada orang yang berumahtangga merasa kesempitan hidup kerana sumber kewangan yang terhad, lalu bermimpi untuk mendapat pasangan yang kaya raya tetapi impian hanya tinggal impian dan begitulah sebaliknya bagi mereka yang memiliki segala-galanya dan cuba lari dari kesenangan yang membosankan dengan mencari pasangan yang boleh menenangan jiwanya walaupun terpaksa duduk diulu-ulu. Hai..., buntu memikirkannya.


Semenjak dari bangku sekolah lagi stail aku suka bersendirian dan mempunyai kawan karib yang terhad dan tidak mempunyai girlfriends kerana rasa terkonkong dan rimas. Masa banyak dihabiskan sendirian dan banyak rahsia yang disimpan. Masa di Itm pun cara aku belajar agak pelik juga dimana jarang sangat untuk hadiri groupstudy yang ku anggap banyak membuang masa sahaja. Apa yang ku lihat hanya couple-couple seperti jut, Abu dan Farid serta beberapa rakan sekolej kehulu kehilir dengan pasangan masing-masing.


Aku cerita sedikit stail aku belajar dulu. Aku mempunyai satu tempat rahsia yang tidak diketahui oleh sesiapapun walaupun dikalangan kawan karib aku. Apabila tiba masa belajar orang lain sibuk keperpustakaan aku hanya melepak di asrama hingga petang. Apabila rakan -rakan balik dari perpustakaan lebih kurang pukul enam ke tujuh petang masa itulah aku akan keperpustakaan untuk study dan balik pukul pukul lapan malam dan lepak kembali sedangkan rakan-rakan pula akan keperpustakaan jam lapan malam. Masuk study room kat asrama sambung balik untuk satu jam lagi kerana pada masa itu asrama agak sunyi. Apabila rakan-rakan seasrama pulang dari Perpustakaan aku telahpun berada diatas katil untuk melepak. Cukup mehairankan bagi meraka.


Masa aku ambil SPM pun begitu apabila rakan-rakan sibuk bermain dipadang untuk beriadah aku akan terpesok dibilik untuk mengulang kaji hingga pukul enam ketujuh petang kemudian rakan-rakan pulang kerumah masa itulah aku keluar rumah ronda-ronda dengan basikal buruk ku keliling bandar Port Dickson. Abah bising juga kerana tidak bergaul atau bermain tetapi lama-lama dia pun dah tahu stail aku diam aje le. Bila tiba waktu malam rakan-rakan sibuk belajar aku lepak depan rumah ditangga yang memang tempat lepak budak-budak geng anak polis yang macam hantu. Pukul sebelas hingga pukul Dua belas malam adalah masa untuk aku membuat matematik ku, untuk mengelakan daripada rakan -rakan melihat atau mengetahuianya aku sanggup hanya pasang lilin untuk study pada masa itu. Pelik tak.


Nanti ada masa akan ku ceritakan tempat bertapa ku diItm Shah Alam. Tempatnya rahsia dan tidak digunakan lagi tetapi cukup lengkap dengan bilik air dan tandas. Sunyi dan kadang-kadang seram tengkok juga bila masuk waktu maghrib tetapi bebas dan tenang. Aku pasti tempat itu masih ujud dan berada didalam School Hotcat juga. Tunggu sambungan seterusnya..............


Tuesday, October 28, 2008

KEHIDUPAN : MANUSIA MERANCANG..........


Memang manusia itu suka merancang tetapi Allah swt juga merancang tetapi perancangan Allah swt jua yang terbaik bagi manusia. Manusia hanya dapat merancang apa jua tetapi yang hendak menentukan perancangan itu berjaya atau tidak terpulanglah kehendak Allah swt. Perancangan untuk balik kekampung telah dibuat awal kerana tidak pulang kekampung pada cuti hari raya yang lalu. Rancangan asal hendak menziarahi abang-abang yang tinggal diKuala Lumpur kerana telah lama benar tidak berjumpa dengan mereka. Peluang ini diambil apatah lagi ada cuti Deepavali. Maka perancangan dibuat awal dan memohon cuti pada hari jumaat dan ini bermakna saya mempunyai empat hari untuk berbuat demikian.


Cuti dipohon dari hari isnin lagi dan cuba menbereskan urusan kerja sebelum bercuti agar semuanya berjalan dengan lancar. Beritahu kakak di Manjung akan ziarahnya pada hari khamis selepas kerja dan duduk semalam kerumahnya sebelum keKuala Lumpur untuk menziarahi abang-abang disana. Tiba-tiba dapat panggilan dari abang diMelaka mengatakan abah tidak sihat dan tidak kuat lagi kerana keletihan agaknya. Cara yang disampaikan menunjukan abah agak uzur lantas berjumpa bos untuk pinda cuti yang dipohon dan menambah satu hari lagi pada hari khamis.


Menalipon kakak yang tinggal diSik untuk pulang bersama kekampung tetapi malangnya pada keesokan harinya kakak menalipon memberitahu tidak jadi pulang kerana abang ipar matanya cedera terkena kayu semasa menebas. Jadi pulang kekampung dengan keluarga sahaja sebaik sahaja anak perempuan pulang dari sekolah pada hari khamis. Bertolak jam 1 tenghari dan sampai diMelaka jam 10.00 malam. Hari tersebut tidak terus pulang kerumah abah kerana abah tiada dirumah kerana makcik juga tidak sihat dan beliau berada dirumah anaknya di Kuala Inas. Lantas abang menanyakan khabar tentang abah yang berada dirumah adik tiri dan memberitahu bahawa saya akan pulang kekampung dan memohon adik tiri supaya menghantar abah kerumahnya.


Bertolak kerumah abah hari jumaat dan sebaik sampai ternampak keriangan abah yang telah mula agak sihat dalam erti kata sihat-sihat orang tua. Malangnya makcik terbaring kerana tidak sihat dan tidak lalu makan dan kelihatan abah boleh berjalan untuk menguruskan dirinya sendiri. Isterilah yang banyak membantu makcik untuk kebilik air juga untuk makan minum. Makcik hanya terbaring dan tidak dapat bergerak kerana terlalu lemah dan setiap pergerakannya perlu dibantu oleh isteri. Hari ahad sakitnya bertambah dan setiap makan yang masuk akan dimuntahkan kembali lalu dibawa kehospital Kuala Pilah untuk mendapatkan rawatan lanjutan. Sampai disana doktor mengarahkan untuk menerima rawatan masuk gelugos kerana tidak makan dan kekurangan air didalam badan.


Tidak dimasukan kedalam wad kerana makcik hanya keletihan setelah kehilangan air dan nampak agak sihat setelah menerima rawatan dan dibenarkan pulang. Sebaik sahaja sampai dirumah adik tiri yang tinggal diKuala Lumpur juga pulang dan menyerahkan tugas untuk menjaga makcik kepadanya. Memberitahu abah kerana nak bertolak kePenang petang ini juga kerana isteri dah mula keletihan agaknya. Air muka abah berubah juga kerana berjanji akan pulang pada hari isnin tetapi melihatkan makcik yang mula sihat dan kebetulan adik tiri juga ada maka mohon untuk pulang lebih awal agar dapat berehat satu hari sebelum menjalankan tugas yang menanti pada hari selasa.


Yang dirancang lain yang datangnya lain, datang untuk menziarahi abah yang sakit dan akhirnya yang tidak sihat makcik dan sebelum pulang berpesan pada abah kalau tiada orang dirumah baik sahaja kerumah adik tiri berhampiran. Abang yang diMelaka dan Seremban menawarkan untuk menjaga abah tetapi ditolak dengan alasan tidak mahu menyusahkan mereka. Secantik mana pun rumah orang lebih selasa dirumah sendiri , itulah pendirian abah.


Pulang dengan harapan dapat bertemu dengan abah lagi dihari perkhawinan anak abang diSeremban pada 29nov2008 ini, Insyaallah kalau itulah kehendak Allah swt.............



Wednesday, October 22, 2008

KEHIDUPAN : MY HANDPHONE


Ramai orang tertanya-tanya, bolehkah kita hidup tanpa handphone hari ini? Apakah handphone itu satu keperluan atau melambangkan status seseorang itu? Mungkin dua puluh tahun yang lalu ianya satu status tetapi mengikut keperluan hari ini ianya hanyalah satu barang yang dibawa kehulu kehilir dari budak darjah satu hinggalah kepada orang dewasa samada berpangkat besar mahupun pekerja bawahan biasa, dari yang diberi percuma hinggalah kepada semahal-mahal harga dengan perisian yang canggih-canggih.


Bercakap pasal handphone, aku dah gunanya semenjak tahun 1990. Ketika itu modelnya agak terhad dengan harga melebihi satu ribu ringgit. Modelnya dua sahaja yang saya ingat motorola dan nokia. Motorola saiznya macam botol air budak pergi sekolah , besar dan berat tetapi sesiapa yang memilikinya itu tentulah bukan orang yang sebarangan, terdiri dari ahli politik ataupun ahli peniaga koprat yang besar. Sebelum itu dah ada tetapi saiznya begitu besar diangkat macam beg kecil ataupun diletak didalam kereta. Harga dalam pasaran ketika itu adalah sekitar RM7000 hinggalah kepada RM10,000. Talipon itu mengunakan sistem ATUR [ automatic telephone use radio]. Bangganya tak terkira apabila bercakap dan diperhatikan oleh orang ramai kerana ramai yang tak mampu untuk menggunakannya.


Model pertama milik saya yang diberi oleh boss ketika itu adalah model Nokia dan saya tak ingat modelnya pun. Baterinya panjang dan boleh tahan dalam masa beberapa jam sahaja. Setiap kali berdering dengan bangganya bercakap sambil diperhatikan oleh orang disekeliling. Tiada sms ataupun deringan yang canggih-canggih seperti sekarang. Semenjak itu saya sering bertukar model dari nokia ke Panasonic, siemen,motorola, samsung dan satu model yang dah saya lupa jenamanya.


Peristiwa yang tidak boleh saya lupakan ialah semasa dalam perjalanan pulang dengan bas ekpress dari Butterwort ke Melaka tiba-tiba bas rosak ditengah Highway antara Kuala Lumpur dan Seremban, maka dreber bas bertanya ada sesiapa didalam bas ini yang mempunyai Talipon Tangan? Semua orang senyap dan mengelengkan kepala. Saya masih ingat ketika itu jam menunjukan pukul 4.00 pagi. Lantas saya bangun dan berikan kepada dreber bas untuk membuat panggilan kecemasan. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kerana menyelamatkan keadaan. Berjasa juga talipon Nokia yang besar itu bak kata orang sekarang kalau baling anjing pun boleh mati untuk menunjukan beratnya handphone tersebut.


Sekarang ini walaupun dah berlaku peristiwa tersebut 17tahun yang lalu tetapi masih dalam ingatan kerana hari ini pun talipon model Nokia menjadi pilihan saya dan Saya taklah orang yang begitu canggih dalam hal-hal handphone tetapi bermadailah dengan model yang biasa sahaja. Anak yang darjah satu itu pun mahukan handphone yang berkamera seperti abangnya juga. Untuk apa Allah juga yang Maha Mengetahui...........
Tuan-tuan tanyalah diri tuan-tuan sekarang bolehkah hidup tanpa handphone. Bab yang paling menyampah bila dah malam-malam buta talipon berdering,angkat dan tengok nombor talipon yang paling tak suka untuk dijawab. Masa aku kerja dengan bos yang tension pastikan talipon ditutup selepas pukul 5.00 ptg dengan alasan diluar kawasan perhikmatan tetapi sekarang tak boleh bagi alasan lagi kerana bill handphone dibayar. Nampaknya tiada privacy lagi.






Sunday, October 19, 2008

KEHIDUPAN : CAR WASH


Satu pekara yang paling malas untuk dibuat pada hari ahad adalah mencuci kereta. Jadi untuk memudahkan cerita hantar je kat tempat cuci otomatik, murah, cepat dan jimat, lagi pun harganya tak mahal sangat. Kalau cuci saja RM3.00 dan kalau nak kilatkan tayar dengan wax tambah RM 1.00. Kalau cuci penuh dan vaccum chargenya hanya RM7.00.

Orang kata cuci dengan mesin cepat rosak cat kerana dicuci dengan pasir dan kotoran yang melekat tetapi ditempat aku diorang sembur air dulu kemudian cuci dengan tangan sebelum dibenarkan masuk kedalam mesin pencuci, barulah diarah masuk lepas handbrake dan relak sambil menikmati suasana seperti didalm gua yang dicurahkan air.


Pemandangan dari belakang cermin kereta. Kalau bawa anak kecil takut kerana bunyinya yang mengerunkan.

Macam kena simbah air.


Dah nak keluar dah, hanya tunggu bangla lap kereta.

Akhirnya selesailah dan bayar je duit kat kaunter yang dijaga oleh bangla. Abang tayar polish, many many, dalam cuci, abang ini beli discount ada terima kasih. Itulah perkataan yang keluar setiap kali dikawasan untuk mengelap. taukew dia ajar kot.........



Saturday, October 18, 2008

KEHIDUPAN : TENANG

Ia merupakan sebuah tasik buatan manusia yang berfungsi sebagai kawasan tadahan untuk mengairi kawasan ladang buah-buahan seperti pisang,nenas dan nangka.

Ladang yang luas ini adalah milik seorang Doktor pakar bedah jantung dan juga pemilik kolej perubatan diKepala Batas.


Dah lama niat nak ambil gambar permandangan ini setiap kali pergi dan balik dari kerja tetapi baharu semalam dapat kerana balik lebih awal sedikit. Terus berhenti ditepi jalan lantas ambil kamera yang sentiasa bersama saya. Sungguh menenangkan setiap kali terpandang suasana yang aman ini.


Friday, October 17, 2008

KEHIDUPAN : BANYAK BINI


Kadang-kadang tertanya-tanya juga bagaimana member aku boleh berbini tiga, apa rahsianya? Walaupun dah lama kenal tetapi tak pernah pula tanya pasal khawin. Bini pertama ustazah, kedua kerani bank dan ketiga pula tidak berkerja, dulu kerja tetapi berhenti jaga anak. Korek punya korek last-last ia beritahu juga. Ia mengaku bukan senang nak jaga tetapi keadilan itu penting. Semua mendapat hak yang sama dan giliran yang sama. Member aku beritahu setiap kali ia berkhawin lain , ia tidak pernah menipu isteri-isterinya berterus terang. sikit-sikit tu adalah tetapi tak lah pula macam cerita P. Ramlee madu tiga.


Dalam apa hal pun isteri tua kena didahulukan kerana senang susah dirasakan bersama dan member aku kata isteri kedua dan ketiga dah tahu beliau dah ada isteri tetapi kalau sanggup menerima syarat tersebut boleh khawin ,kalau tidak lupakan sahaja. Calon-calon isterinya pula adalah terdiri dari janda-janda yang ditinggalkan suami atau diabaikan suami diatas sebab-sebab tertentu kerana niatnya adalah untuk membantu mereka dan menjaga kehormatan mereka.


Walaupun isteri tua dan isteri kedua tidak ada masaalah mungkin dengan isteri muda ada sedikit cemburu oleh itu mereka tidak dibenarkan bersua muka kerana ini akan menyebabkan perasaan dendam itu akan ujud. Anak-anak dijaga dengan saksama dan semua keperluan rumah tangga dijaga dengan baik. Anak-anak digalakan untuk bertanya khabar dengan mak-mak tirinya.


Dari segi harta pula semua isteri-isterinya disediakan kereta dan rumah masing-masing untuk kemudahan mereka dan perbelanjaan dapur disediakan dengan secukupnya. Isteri-isterinya tidak digalakan menalipon member aku dan biar dia yang menalipon mereka melainkan ada hal-hal yang begitu penting.


Giliran adalah penting dan yang penting sekali pulus mestilah kuat. Member aku ni kerja biasa sahaja dengan pendapatan lebih kurang RM4000.00 sebulan dan ditambah pula dengan hasil kebun kelapa sawit dan ternak lembu. Kena rajin dan kena faham bahawa rezeki kita tu Allah swt yang dah tentukan kalau kita betul dan jujur dalam perkhawinan Insyaalah Allah swt permudahkan.


Aku tak tahu yang jiran depan rumah aku pun khawin dua, yang boleh tahu tu anaknya suka bercakap dengan isteri aku. Dia kata dia ada dua emak dan yang bestnya duduk sekali pulak tu. Macam mana ya. Isteri tua jaga rumah manakala isteri muda berkerja. Muda pergi kerja , isteri tua masak dan jaga anak-anaknya. Pelik tapi benar.


Yang sebenarnya member aku yang khawin lain tu bukan apa, dia punya keinginan _ _ _ __ _ _ _nya kuat sangat lalu diberi green light oleh isteri-isterinya. Bukan senang nak dapat payung emas di akhirat tau. Lupa nak beritahu yang bestnya isteri pertama diKedah, kedua diKelantan dan ketiga pula diSeberang Prai, Pulau Pinang dan boleh tak pembaca terangkan bagaimana nak bergilira-gilir. Hebat, hebat..............


Wednesday, October 15, 2008

KEHIDUPAN : AGE JUST A NUMBER






Sebaik sahaja sampai diKL Sentral terus sembahyang jamak disurau untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Jam menunjukkan pukul 2.00 ptg masih awal kerana Puan Madia akan datang untuk mengambil jam 3.00ptg, jadi masa terluang diambil untuk ronda-ronda disekitar KL Sentral dan kemudian kekaunter KTM untuk membuat tempahan pulang ke Butterwort malam itu juga, malangnya tiket untuk tempat tidur telah habis ditempah. Terserahlah dan tiada apa-apa rancangan dibuat buat ketika itu, yang penting ialah penuhi dulu jadual lawatan rumah terbuka dan kemudian baru difikirkan tentang balik.














Puan Madia sampai bersama anak-anaknya yang menunggu diKL Sentral. Madia memberitahu bahawa beliau perlu menghantar anak-anaknya kerumah dahulu dan kemudian baru teruskan ke Shah Alam untuk mengambil Bad yang menunggu di Seksyen 17. Agak terlewat sedikit dari rancangan asal. Ziarah Puan Rogayah ditunda selepas rumah terbuka Zul kerana masa dah terlewat. Disepanjang perjalanan keRumah Zul yang terletak di Subang Jaya hujan turun dengan lebatnya dan disesetengah tempat yang rendah mula dinaiki air, walau bagaimana pun semangat untuk menziarahi kawan-kawan lama masih utuh walaupun hujan yang turun agak lebat dan berpanjangan. Kelihatan kereta bergerak perlahan untuk mengelakan bahagian jalan yang mula ditenggelami oleh air.














Lantas saya menalipon Shukor untuk mendapatkan arah jalan kerumah Zul , Alhamdullillah sampai juga akhirnya walaupun beberapa kali tersalah masuk jalan. Sebaik sahaja tiba kelihatan Jut, Ji, Shukor dan Ezam telah berada dikhemah sambil menjamu selera, lantas bersalaman dan terus ambil pinggan kerana perut begitu lapar setelah lebih kurang 7 jam perjalanan dan hanya mengambil Nescafe dan sandwich sahaja semasa didalam keretapi. Apa lagi balun sakanlah, Nasi Briayni serta bermacam-macam juadah yang cukup menyelerakan. Sambil makan sambil bertanya khabar. Bad makan dengan seleranya seolah-olah tiada penyakit yang perlu dirisaukan.Macam biasa setiap kali pertemuan akan dipenuhi dengan gelak ketawa mengenangkan kisah silam semasa diITM Shah Alam. Masing-masing dengan gelagat yang melucukan sambil usik mengusik dan gosip mengosip. Keadaan tak berubah walaupun masing-masing berumur melepasi 40'an. Terkenangkan seolah-olah masih student dan berumur dalam linkungan 20'an.
Selesai berjamu dirumah Zul rancangan seterusnya kerumah Puan Rogayah pula. Terpancar diwajah Zul kekecewaan kerana beliau mahukan kami lebih lama dirumahnya kerana makanan yang disediakan agak banyak, apatah lagi disulami dengan hujan yang lebat dan mungkin juga ada tetamunya yang tidak dapat hadir dirumah terbukanya.



Masa berlalu dengan pantas, seolah olah masing-masing tidak mahu beredar, walaupun dah berdiri dikereta masing-masing. Janji untuk kerumah Puan Rogayah mesti ditunaikan kerana dikuatiri beliau juga telah menyediakan juadah. Terpaksa memberi alasan kepada Zul dan keluarga.



Bad masih mampu melawak untuk menarik perhatian zul agar tidak berkecil hati, masih teringat lawak Bad bagaimana orang yang mengalami tekanan jiwa masih lagi boleh menyambung pelajaran keperingat PHD. Manakala orang yang waras tidak mampu untuk melakukan. Lantas saya menyampuk ,hanya yang betul-betul gila sahaja yang mampu untuk melakukannya kerana orang-orang ini memang dalam ketegori gila belajar dan gila sijil. Oleh itu saya menyarankan agar setiap PHD akan disertai dengan kurungan [G] selepas DR kerana G itu boleh ditafsirkan dengan GENIUS ataupun GILA. Berdekah dekah kami tergelak.




Walau bagaimana pun kami terpaksa memberi alasan yang kukuh kerana tidak mahukan beliau terasa kecil hati. Jadi kami mengajaknya sekali untuk bersama-sama kami menziarahi Puan .


































Sebaik tiba Puan Rogayah dan suami menunggu dihadapan rumah menyambut kami dengan begitu mesra sekali dan apabila terpandang wajah Puan Rog saya rasakan bahawa beliau tidak banyak berubah dan masih seperti dahulu dan tak makan tua. Kami dijemput masuk kerumah, lagi sekali gelak ketawa mengenangkan kisah silam semasa di Hotcat. Kebanyakan kami menganggap Puan Rog seperti Ibu kami kerana beliau begitu mengambil berat tentang student-studentnya dan sebarang masaalah samada berhubung dengan pelajaran atau peribadi, beliaulah tempatnya kami mengadu. Ternyata hubungan kami masih mesra dan beliau memberitahu bahawa Bacth kamilah yang paling beliau ingat kerana kami masih berhubung. Bacth kami juga akan pastikan berjumpa setahun sekali secara formal atau tidak formal.





Waktu telah hampir masuk Maghrib, kami perlu beredar dahulu dan masih teragak-agak samada untuk pulang malam ini atau tidak. Hanya ada masa lebih kurang satu jam setengah sahaja untuk keretapi malam keButterwort. Rakan-rakan menasihatkan bermalam sahaja diShah Alam, maka Dahari, Shukor dan JI mempelawa saya supaya menginap sahaja dirumah mereka kerana mereka mempunyai rancangan untuk keseremban pula pada keesokan harinya untuk berraya dirumah Ezam dan seterusnya ke Kuala Pilah. Saya menolak dengan baik kerana tidak mahu menyusahkan mereka sekeluarga.
Rumah seterusnya ialah rumah JI diShah Alam yang terletak dibelakang Concorde Shah Alam, saya madia Bad dan Shukor sekeluarga terus menyusur kesana. Sebaik tiba terus kesurau yang kebetulan dihadapan rumah JI, sembahyang jamak. Rumah JI oleh kerana tidak dirancang maka JI telah jamu kami dengan Domino Pizza agak special sedikit. Kami tidak duduk lama kerana Bad telah pun memberi signal untuk beredar kerana masih ada rumah terbuka yang perlu beliau hadiri.
Jadi kami beredar dan tinggal Shukor sekeluarga menanti Zul dan Mai yang dikatanya akan datang kerumah JI. Zul menalipon untuk mempelawa untuk keseremban esok tetapi saya menolak kerana kesuntukan masa dan perlu bekerja pada hari isnin. Banyak kerja untuk dirancangkan terutama hari rabu ada direct selling di BCM Electronic Kulim Hitech. Perlu balik pada esok hari.





Secara tradisinya saya lebih selesa menginap di Hotel walaupun banyak rumah abang-abang saya disekitar Kuala Lumpur yang boleh saya tumpang tidur. kadang-kadang ada masanya saya perlu bersendirian setiap kali kesana. Lagi sekali Bad memberi signal untuk beredar kerana beliau terpaksa menghadiri satu lagi rumah terbuka kawannya diCheras.












Kami beredar dari rumah JI lebih kurang pukul 9.00 mlm. Saya dan Puan Madia akan menhantar Bad ke Balakong Jusco dan dari sana beliau akan dijemput oleh kawan baiknya. Walaupun kawannya mendesak agar terus hantar Bad kerumahnya tetapi kami menolak kerana pasti kami akan tersangkut disana nanti dan jam menunjukan pukul 11.00 malam saya perlu mencari Hotel untuk menginap. Selepas menghantar Bad diBalakong terus keKuala Lumpur dan Hotel yang mula -mula saya tuju ialah Tune Hotel tetapi penuh. Saya perlu memilih Hotel yang selesa dengan harga yang berpatutan. Malangnya semuanya dalam lingkungan harga 120 - 175.00 semalam. Saya memilih lokasi yang memudahkan untuk saya pulang melalui Puduraya. Badan mula terasa letih dan akhirnya saya memilih Hotel Plaza yang terletak dibelakang jalan Tuanku Abd. Rahman dengan harga 130.00 semalam. Walaupun Hotel lama ia bersih dengan taraf tiga***.






Mata dah mengantuk, check in dan terus masuk bilik, mandi dan lena dalam senyum mengenangkan pertemuan member-member lama yang mempunyai otak yang agak gila-gila sedikit walaupun dah berumur 40'an bak kata perpatah" AGE JUST A NUMBER BUT IT DEPEND ON YOUR HEART" terlena hingga kesubuh , bangun tunaikan tanggungjawab sebagai orang muslim dan lena kembali sebelum mengambil sarapan .................









Tuesday, October 14, 2008

KEHIDUPAN : EKPRESS RAKYAT [ TRAIN ]

Departure from Butterwort Railway Station at 7.00 Am.

Simple breakfast Nescafe and Cheese Sandwich on board and cost me RM 5.00.


Enjoy breakfast in Restaurant coach

Watching movie all long the way to Kuala Lumpur.

Paddy field and kampungs.



View from the train window


Tasek Bukit Merah.



The best part ,the rail in the middle of the lake.
Part of the lake

Swampy area of the lake.


Bukit Berapit area.

view from the train window.


Taiping Railway Station



Padang Rengas area.


Stop at Ipoh Railway station at 10.30 Am.


KL Sentral Transportation hub for Kuala Lumpur.



Reach Kuala lumpur at 2.00 Pm. Please visit http://www.blogger.com/www.flickr.com/photos/ztsh2008 for more pics

Monday, October 13, 2008

KEHIDUPAN : HARI RAYA OPEN HOUSE 2008 KL







For more pics please visit www.flickr.com/photos/ztsh2008 TAG under OPEN HOUSE and SET under FRIEND.

Friday, October 10, 2008

KEHIDUPAN : NEGRO


Cukup lawak betul hari ini, sebelum masuk meeting dapat bersembang dengan rakan sejawat dikawasan merokok. Tak tahu kenapa tiba-tiba terkeluar perkataan negro dan niger. Cuba bertanya dengan John kalau-kalau dia tahu dari mana datangnya perkataan Negro tersebut. Dengan lancarnya John menerangkan perkataan Negro berasal dari new grow yang diberikan oleh satu kumpulan yang anti African. Mereka terdiri dari mereka yang berkulit putih yang merasa superior dan hanya mereka sahaja yang boleh memerintah bumi Amerika ketika itu. Apabila kumpulan tersebut diharamkan mereka menukar kepada niger.


Dalam diam-diam William mencelah, Zainal u belive him ke what he said., He just hasiau you loo. I just reply I don't know but it make a sense jugak, I told William. John mencelah dan kata to me, why not you check and surf the internet by typing " history of Negro". Saya baru melayari internet dan cuba menaip perkataan tersebut, malangnya tak jumpa.


Yusri keluar dan beri tahu meeting nak mula so our conversation terhenti dan boss just make the announcement that confirm JT will reporting to HQ on the 1nov2008. JT told us that he will try to delay untill 2009. Just wait for the latest news regarding his tranfer.




Thursday, October 9, 2008

KEHIDUPAN : KAWAN


Menerima sms dari rakan-rakan untuk memberitahu tentang rumah terbuka di Kuala Lumpur. Agak keberatan juga untuk pergi tetapi setelah difikirkan baik juga dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama. Bukan senang nak berjumpa sekali gus, sekurang-kurangnya dengan adanya maljis seumpama ini dapat juga berbual kisah lama dan bergelak ketawa sambil dapat melupakan hal-hal kerja buat sementara. Yang pentingnya kawan lama jangan dilupakan kerana ajal maut belum tentu dapat berjumpa pada tahun hadapan.


Bad talipon bercerita tentang kesihatannya yang mula merosot sejak kebelakangan ini dan bermacam -macam ubat yang nak ditelan katanya. Mengeluh juga katanya tetapi apa boleh buat dah ditakdirkan tiada sesiapa pun dapat mengelak. Beliau juga berkata sejak kebelakangan ini asyik ingat mati aje dan saya beritahu ingat mati itu bagus tetapi dah fikir ke amalan kita ini dah cukup untuk dibuat bekalan disana. Betul juga katanya, tunggu mati je tak jadi apa, yang penting apa persiapan untuk mati. Termenung juga dibuatnya.


Ajal maut ditangan Allah swt, kadang-kadang orang yang sakit tak mati-mati pun , lat-lat orang yang sihat tu mati dulu. Kadang-kadang orang yang sakit terlantar merana yang datang melawat tu temui ajal. Bukan kita tak pernah tengok peristiwa macam itu. Akhirnya saya kata dah sembahyang asar ke belum beliau menjawab belum, pergi sembahyang dulu lalu beliau berseloroh ada juga kawan macam ini yang mengingatkan kita tentang akhirat. Saya jawab apa gunanya kawan kalau tidak menasihati lantas beliau letak talipon. Pergi sembahyanglah tu......