Tuesday, October 28, 2008

KEHIDUPAN : MANUSIA MERANCANG..........


Memang manusia itu suka merancang tetapi Allah swt juga merancang tetapi perancangan Allah swt jua yang terbaik bagi manusia. Manusia hanya dapat merancang apa jua tetapi yang hendak menentukan perancangan itu berjaya atau tidak terpulanglah kehendak Allah swt. Perancangan untuk balik kekampung telah dibuat awal kerana tidak pulang kekampung pada cuti hari raya yang lalu. Rancangan asal hendak menziarahi abang-abang yang tinggal diKuala Lumpur kerana telah lama benar tidak berjumpa dengan mereka. Peluang ini diambil apatah lagi ada cuti Deepavali. Maka perancangan dibuat awal dan memohon cuti pada hari jumaat dan ini bermakna saya mempunyai empat hari untuk berbuat demikian.


Cuti dipohon dari hari isnin lagi dan cuba menbereskan urusan kerja sebelum bercuti agar semuanya berjalan dengan lancar. Beritahu kakak di Manjung akan ziarahnya pada hari khamis selepas kerja dan duduk semalam kerumahnya sebelum keKuala Lumpur untuk menziarahi abang-abang disana. Tiba-tiba dapat panggilan dari abang diMelaka mengatakan abah tidak sihat dan tidak kuat lagi kerana keletihan agaknya. Cara yang disampaikan menunjukan abah agak uzur lantas berjumpa bos untuk pinda cuti yang dipohon dan menambah satu hari lagi pada hari khamis.


Menalipon kakak yang tinggal diSik untuk pulang bersama kekampung tetapi malangnya pada keesokan harinya kakak menalipon memberitahu tidak jadi pulang kerana abang ipar matanya cedera terkena kayu semasa menebas. Jadi pulang kekampung dengan keluarga sahaja sebaik sahaja anak perempuan pulang dari sekolah pada hari khamis. Bertolak jam 1 tenghari dan sampai diMelaka jam 10.00 malam. Hari tersebut tidak terus pulang kerumah abah kerana abah tiada dirumah kerana makcik juga tidak sihat dan beliau berada dirumah anaknya di Kuala Inas. Lantas abang menanyakan khabar tentang abah yang berada dirumah adik tiri dan memberitahu bahawa saya akan pulang kekampung dan memohon adik tiri supaya menghantar abah kerumahnya.


Bertolak kerumah abah hari jumaat dan sebaik sampai ternampak keriangan abah yang telah mula agak sihat dalam erti kata sihat-sihat orang tua. Malangnya makcik terbaring kerana tidak sihat dan tidak lalu makan dan kelihatan abah boleh berjalan untuk menguruskan dirinya sendiri. Isterilah yang banyak membantu makcik untuk kebilik air juga untuk makan minum. Makcik hanya terbaring dan tidak dapat bergerak kerana terlalu lemah dan setiap pergerakannya perlu dibantu oleh isteri. Hari ahad sakitnya bertambah dan setiap makan yang masuk akan dimuntahkan kembali lalu dibawa kehospital Kuala Pilah untuk mendapatkan rawatan lanjutan. Sampai disana doktor mengarahkan untuk menerima rawatan masuk gelugos kerana tidak makan dan kekurangan air didalam badan.


Tidak dimasukan kedalam wad kerana makcik hanya keletihan setelah kehilangan air dan nampak agak sihat setelah menerima rawatan dan dibenarkan pulang. Sebaik sahaja sampai dirumah adik tiri yang tinggal diKuala Lumpur juga pulang dan menyerahkan tugas untuk menjaga makcik kepadanya. Memberitahu abah kerana nak bertolak kePenang petang ini juga kerana isteri dah mula keletihan agaknya. Air muka abah berubah juga kerana berjanji akan pulang pada hari isnin tetapi melihatkan makcik yang mula sihat dan kebetulan adik tiri juga ada maka mohon untuk pulang lebih awal agar dapat berehat satu hari sebelum menjalankan tugas yang menanti pada hari selasa.


Yang dirancang lain yang datangnya lain, datang untuk menziarahi abah yang sakit dan akhirnya yang tidak sihat makcik dan sebelum pulang berpesan pada abah kalau tiada orang dirumah baik sahaja kerumah adik tiri berhampiran. Abang yang diMelaka dan Seremban menawarkan untuk menjaga abah tetapi ditolak dengan alasan tidak mahu menyusahkan mereka. Secantik mana pun rumah orang lebih selasa dirumah sendiri , itulah pendirian abah.


Pulang dengan harapan dapat bertemu dengan abah lagi dihari perkhawinan anak abang diSeremban pada 29nov2008 ini, Insyaallah kalau itulah kehendak Allah swt.............



No comments: