Wednesday, October 15, 2008

KEHIDUPAN : AGE JUST A NUMBER






Sebaik sahaja sampai diKL Sentral terus sembahyang jamak disurau untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Jam menunjukkan pukul 2.00 ptg masih awal kerana Puan Madia akan datang untuk mengambil jam 3.00ptg, jadi masa terluang diambil untuk ronda-ronda disekitar KL Sentral dan kemudian kekaunter KTM untuk membuat tempahan pulang ke Butterwort malam itu juga, malangnya tiket untuk tempat tidur telah habis ditempah. Terserahlah dan tiada apa-apa rancangan dibuat buat ketika itu, yang penting ialah penuhi dulu jadual lawatan rumah terbuka dan kemudian baru difikirkan tentang balik.














Puan Madia sampai bersama anak-anaknya yang menunggu diKL Sentral. Madia memberitahu bahawa beliau perlu menghantar anak-anaknya kerumah dahulu dan kemudian baru teruskan ke Shah Alam untuk mengambil Bad yang menunggu di Seksyen 17. Agak terlewat sedikit dari rancangan asal. Ziarah Puan Rogayah ditunda selepas rumah terbuka Zul kerana masa dah terlewat. Disepanjang perjalanan keRumah Zul yang terletak di Subang Jaya hujan turun dengan lebatnya dan disesetengah tempat yang rendah mula dinaiki air, walau bagaimana pun semangat untuk menziarahi kawan-kawan lama masih utuh walaupun hujan yang turun agak lebat dan berpanjangan. Kelihatan kereta bergerak perlahan untuk mengelakan bahagian jalan yang mula ditenggelami oleh air.














Lantas saya menalipon Shukor untuk mendapatkan arah jalan kerumah Zul , Alhamdullillah sampai juga akhirnya walaupun beberapa kali tersalah masuk jalan. Sebaik sahaja tiba kelihatan Jut, Ji, Shukor dan Ezam telah berada dikhemah sambil menjamu selera, lantas bersalaman dan terus ambil pinggan kerana perut begitu lapar setelah lebih kurang 7 jam perjalanan dan hanya mengambil Nescafe dan sandwich sahaja semasa didalam keretapi. Apa lagi balun sakanlah, Nasi Briayni serta bermacam-macam juadah yang cukup menyelerakan. Sambil makan sambil bertanya khabar. Bad makan dengan seleranya seolah-olah tiada penyakit yang perlu dirisaukan.Macam biasa setiap kali pertemuan akan dipenuhi dengan gelak ketawa mengenangkan kisah silam semasa diITM Shah Alam. Masing-masing dengan gelagat yang melucukan sambil usik mengusik dan gosip mengosip. Keadaan tak berubah walaupun masing-masing berumur melepasi 40'an. Terkenangkan seolah-olah masih student dan berumur dalam linkungan 20'an.
Selesai berjamu dirumah Zul rancangan seterusnya kerumah Puan Rogayah pula. Terpancar diwajah Zul kekecewaan kerana beliau mahukan kami lebih lama dirumahnya kerana makanan yang disediakan agak banyak, apatah lagi disulami dengan hujan yang lebat dan mungkin juga ada tetamunya yang tidak dapat hadir dirumah terbukanya.



Masa berlalu dengan pantas, seolah olah masing-masing tidak mahu beredar, walaupun dah berdiri dikereta masing-masing. Janji untuk kerumah Puan Rogayah mesti ditunaikan kerana dikuatiri beliau juga telah menyediakan juadah. Terpaksa memberi alasan kepada Zul dan keluarga.



Bad masih mampu melawak untuk menarik perhatian zul agar tidak berkecil hati, masih teringat lawak Bad bagaimana orang yang mengalami tekanan jiwa masih lagi boleh menyambung pelajaran keperingat PHD. Manakala orang yang waras tidak mampu untuk melakukan. Lantas saya menyampuk ,hanya yang betul-betul gila sahaja yang mampu untuk melakukannya kerana orang-orang ini memang dalam ketegori gila belajar dan gila sijil. Oleh itu saya menyarankan agar setiap PHD akan disertai dengan kurungan [G] selepas DR kerana G itu boleh ditafsirkan dengan GENIUS ataupun GILA. Berdekah dekah kami tergelak.




Walau bagaimana pun kami terpaksa memberi alasan yang kukuh kerana tidak mahukan beliau terasa kecil hati. Jadi kami mengajaknya sekali untuk bersama-sama kami menziarahi Puan .


































Sebaik tiba Puan Rogayah dan suami menunggu dihadapan rumah menyambut kami dengan begitu mesra sekali dan apabila terpandang wajah Puan Rog saya rasakan bahawa beliau tidak banyak berubah dan masih seperti dahulu dan tak makan tua. Kami dijemput masuk kerumah, lagi sekali gelak ketawa mengenangkan kisah silam semasa di Hotcat. Kebanyakan kami menganggap Puan Rog seperti Ibu kami kerana beliau begitu mengambil berat tentang student-studentnya dan sebarang masaalah samada berhubung dengan pelajaran atau peribadi, beliaulah tempatnya kami mengadu. Ternyata hubungan kami masih mesra dan beliau memberitahu bahawa Bacth kamilah yang paling beliau ingat kerana kami masih berhubung. Bacth kami juga akan pastikan berjumpa setahun sekali secara formal atau tidak formal.





Waktu telah hampir masuk Maghrib, kami perlu beredar dahulu dan masih teragak-agak samada untuk pulang malam ini atau tidak. Hanya ada masa lebih kurang satu jam setengah sahaja untuk keretapi malam keButterwort. Rakan-rakan menasihatkan bermalam sahaja diShah Alam, maka Dahari, Shukor dan JI mempelawa saya supaya menginap sahaja dirumah mereka kerana mereka mempunyai rancangan untuk keseremban pula pada keesokan harinya untuk berraya dirumah Ezam dan seterusnya ke Kuala Pilah. Saya menolak dengan baik kerana tidak mahu menyusahkan mereka sekeluarga.
Rumah seterusnya ialah rumah JI diShah Alam yang terletak dibelakang Concorde Shah Alam, saya madia Bad dan Shukor sekeluarga terus menyusur kesana. Sebaik tiba terus kesurau yang kebetulan dihadapan rumah JI, sembahyang jamak. Rumah JI oleh kerana tidak dirancang maka JI telah jamu kami dengan Domino Pizza agak special sedikit. Kami tidak duduk lama kerana Bad telah pun memberi signal untuk beredar kerana masih ada rumah terbuka yang perlu beliau hadiri.
Jadi kami beredar dan tinggal Shukor sekeluarga menanti Zul dan Mai yang dikatanya akan datang kerumah JI. Zul menalipon untuk mempelawa untuk keseremban esok tetapi saya menolak kerana kesuntukan masa dan perlu bekerja pada hari isnin. Banyak kerja untuk dirancangkan terutama hari rabu ada direct selling di BCM Electronic Kulim Hitech. Perlu balik pada esok hari.





Secara tradisinya saya lebih selesa menginap di Hotel walaupun banyak rumah abang-abang saya disekitar Kuala Lumpur yang boleh saya tumpang tidur. kadang-kadang ada masanya saya perlu bersendirian setiap kali kesana. Lagi sekali Bad memberi signal untuk beredar kerana beliau terpaksa menghadiri satu lagi rumah terbuka kawannya diCheras.












Kami beredar dari rumah JI lebih kurang pukul 9.00 mlm. Saya dan Puan Madia akan menhantar Bad ke Balakong Jusco dan dari sana beliau akan dijemput oleh kawan baiknya. Walaupun kawannya mendesak agar terus hantar Bad kerumahnya tetapi kami menolak kerana pasti kami akan tersangkut disana nanti dan jam menunjukan pukul 11.00 malam saya perlu mencari Hotel untuk menginap. Selepas menghantar Bad diBalakong terus keKuala Lumpur dan Hotel yang mula -mula saya tuju ialah Tune Hotel tetapi penuh. Saya perlu memilih Hotel yang selesa dengan harga yang berpatutan. Malangnya semuanya dalam lingkungan harga 120 - 175.00 semalam. Saya memilih lokasi yang memudahkan untuk saya pulang melalui Puduraya. Badan mula terasa letih dan akhirnya saya memilih Hotel Plaza yang terletak dibelakang jalan Tuanku Abd. Rahman dengan harga 130.00 semalam. Walaupun Hotel lama ia bersih dengan taraf tiga***.






Mata dah mengantuk, check in dan terus masuk bilik, mandi dan lena dalam senyum mengenangkan pertemuan member-member lama yang mempunyai otak yang agak gila-gila sedikit walaupun dah berumur 40'an bak kata perpatah" AGE JUST A NUMBER BUT IT DEPEND ON YOUR HEART" terlena hingga kesubuh , bangun tunaikan tanggungjawab sebagai orang muslim dan lena kembali sebelum mengambil sarapan .................









1 comment:

Unknown said...

Hah...hah prof (G)!!!!!.Prof (B) bila pulak cerita?.patut masuk cerita teka teki bad with the kids too...funny.sweet moments.