Saturday, October 4, 2008

KEHIDUPAN : HIDANGAN TRADISI HARI RAYA

Sepanjang perjalanan dari selatan hingga keurata, permandangan gerai-gerai yang dibina dikiri kanan bahu jalan menjual lemang yang dibakar panas-panas diatas bara api.Permandangan ini tidak terkecuali disebelah utara walaupunnya bukanlah makanan asal tempatan dikawasan tersebut. Saya dibesarkan dikawasan Selangor walaupun berasal dari Negeri Sembilan. Makanan ini berasal dari minangkabau dibawa bersama oleh orang orang minang yang mendarat di Negeri Sembilan. Makanan lebih sinnonim dengan orang negeri sehinggakan ianya menjadi usikan orang tempatan bahawa kalau tiada lemang tiada raya dan suami isteri sanggup bergaduh kalau hidangan lemang tidak dihidangkan atau tidak dibuat untuk hari tersebut.
Hidangan istimewa ini hanya dibuat khusus untuk hari tersebut walau bagaimana pun ianya telah dikomersialkan dan boleh didapati tiap-tiap hari terutamanya dikawasan persimpangan di kota Rembau Melaka disertai dengan rendang daging atau ayam kampung. Untuk mendapat lemang yang baik serta lemak ianya harus dibakar diatas bara api yang dikawal kepanasannya dan dibalik-balikkan setiap setengah jam agar ianya masak sama rata kemudian dihentak-hentakan buluh lemang agar ianya padat. Mengunakan santan pekat dan beras pulut yang baik mutunya.
Buluh yang digunakan haruslah buluh muda yang pelepahnya masih berpaut pada batang buluh ruasnya yang panjang dan tidak mudah retak. Manakala untuk pelapik pulut didalam buluh sebaik-baiknya adalah dari pucuk muda daun pisang hutan yang boleh diperolehi dikawasan hutan yang berhampiran kerana baunya yang harum dan tahan tidak mudah koyak. Dibakar selama empat hingga lima jam.
Ketupat nasi pula lebih popular dikalangan masyarakat disebelah Johor, Melaka, Selangor, Pahang dan Perak. Bekasnya dianyam dari daun kelapa muda dan memerlukan kemahiran untuk mengayamnya. Beras diisi separa penuh agar ianya akan padat sebaik sahaja ianya masak. Direbus selama lama hingga enam jam untuk memastkan ianya tahan selama beberapa hari dan air rebusan haruslah ditukar dua atau tiga kali untuk mendapatkan warna yang bersih.
Digantung setelah masak agar airnya dapat ditoskan dan kering. Ini membuatkan ianya tahan dan tidak lembap. Dimakan bersama kuah kacang yang istimewa. Untuk membuat kuah kacang yang baik. Kacang dimesin kasar kemudian direbus bersama air dan gula mengikut citarasa kemanisannya. Rebus sehingga empuk kemudian ditumis secara berasingan cabai kering yang dikisar dengan bawang merah, halia, lengkuas dan serai. Untuk mendapatkan lebih enak kisar dengan udang kering. Ditumis hingga wangi dan dicurahkan didalam rebusan kacang tanah tadi lalu dimasak sehingga pekat. Masak hingga dua tiga jam agar kuah kacang tahan lama. Disamping itu ianya juga amat sesuai untuk dimakan dengan rendang daging atau ayam.

Ketupat palas berisikan pulut pula lebih popular dikalangan masyarakat utara. Pulutnya ditanak dahulu kemudian dibalut dengan daun palas lalu direbus dengan santan hingga kering dan berminyak. Kebiasaannya mengunakan pulut susu atau pulut biasa. Ada juga ditambah dengan kacang parang supaya lebih lemak. Dimakan bersama rendang, kuah kacang dan kari daging dan ayam.

No comments: