Thursday, October 30, 2008

KEHIDUPAN : RAHSIA HIDUP.


Kadang-kadang fikiran menjadi buntu untuk memikirkan sesuatu untuk ditulis didalam blog yang bersifat peribadi. Semalam macam biasa semasa dalam perjalanan ke Pejabat yang mengambil masa lebih kurang limabelas minit menerima satu sms dari kawan lama meminta nasihat bagaimana nak mencari satu teman hidup. Mengeleng kepala dibuatnya kerana aku bukanlah kaki mengurat baik masa muda apatah lagi masa kini disaat umur yang harus diperbanyakan untuk membuat ibadat untuk menganti masa yang berlalu dengan sia-sia.


Beliau meminta nasihat untuk kawannya yang khabarnya tinggal diLondon, cantik,tinggi dan mempunyai harta bermillion setelah memenangi satu kes yang melibatkan perkhawinan. Kenapa jadi begitu? Apakah wang yang bermillion itu masih tidak dapat menyenangkan hidup atau hidup kosong tanpa teman setia disisinya. Tiada jawapan yang tepat untuk itu. Ini bermakna kesenangan dan kemewahan hidup belum pasti membawa manusia kepada kebahagian. Ada orang yang berumahtangga merasa kesempitan hidup kerana sumber kewangan yang terhad, lalu bermimpi untuk mendapat pasangan yang kaya raya tetapi impian hanya tinggal impian dan begitulah sebaliknya bagi mereka yang memiliki segala-galanya dan cuba lari dari kesenangan yang membosankan dengan mencari pasangan yang boleh menenangan jiwanya walaupun terpaksa duduk diulu-ulu. Hai..., buntu memikirkannya.


Semenjak dari bangku sekolah lagi stail aku suka bersendirian dan mempunyai kawan karib yang terhad dan tidak mempunyai girlfriends kerana rasa terkonkong dan rimas. Masa banyak dihabiskan sendirian dan banyak rahsia yang disimpan. Masa di Itm pun cara aku belajar agak pelik juga dimana jarang sangat untuk hadiri groupstudy yang ku anggap banyak membuang masa sahaja. Apa yang ku lihat hanya couple-couple seperti jut, Abu dan Farid serta beberapa rakan sekolej kehulu kehilir dengan pasangan masing-masing.


Aku cerita sedikit stail aku belajar dulu. Aku mempunyai satu tempat rahsia yang tidak diketahui oleh sesiapapun walaupun dikalangan kawan karib aku. Apabila tiba masa belajar orang lain sibuk keperpustakaan aku hanya melepak di asrama hingga petang. Apabila rakan -rakan balik dari perpustakaan lebih kurang pukul enam ke tujuh petang masa itulah aku akan keperpustakaan untuk study dan balik pukul pukul lapan malam dan lepak kembali sedangkan rakan-rakan pula akan keperpustakaan jam lapan malam. Masuk study room kat asrama sambung balik untuk satu jam lagi kerana pada masa itu asrama agak sunyi. Apabila rakan-rakan seasrama pulang dari Perpustakaan aku telahpun berada diatas katil untuk melepak. Cukup mehairankan bagi meraka.


Masa aku ambil SPM pun begitu apabila rakan-rakan sibuk bermain dipadang untuk beriadah aku akan terpesok dibilik untuk mengulang kaji hingga pukul enam ketujuh petang kemudian rakan-rakan pulang kerumah masa itulah aku keluar rumah ronda-ronda dengan basikal buruk ku keliling bandar Port Dickson. Abah bising juga kerana tidak bergaul atau bermain tetapi lama-lama dia pun dah tahu stail aku diam aje le. Bila tiba waktu malam rakan-rakan sibuk belajar aku lepak depan rumah ditangga yang memang tempat lepak budak-budak geng anak polis yang macam hantu. Pukul sebelas hingga pukul Dua belas malam adalah masa untuk aku membuat matematik ku, untuk mengelakan daripada rakan -rakan melihat atau mengetahuianya aku sanggup hanya pasang lilin untuk study pada masa itu. Pelik tak.


Nanti ada masa akan ku ceritakan tempat bertapa ku diItm Shah Alam. Tempatnya rahsia dan tidak digunakan lagi tetapi cukup lengkap dengan bilik air dan tandas. Sunyi dan kadang-kadang seram tengkok juga bila masuk waktu maghrib tetapi bebas dan tenang. Aku pasti tempat itu masih ujud dan berada didalam School Hotcat juga. Tunggu sambungan seterusnya..............


3 comments:

Unknown said...

Not suprised coz awak mmemang pelik...

bukan orang pinkish said...

thx pak tam bagi nasihat..ct mmg perlukan nasihat2 yang membina..=) jangan bagitahu mak pasal blog ct..hehe..nnt mak nk baca..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Ada tempat rahsia...
Bunyi cam seronok...

Kadang2 orang kata bahagia jadi lone wolf ni..
Mungkin benar agaknya...

Ketenangan yang diperlukan...