Friday, October 3, 2008

KEHIDUPAN : BERHARI RAYA.


Inilah pertama kali saya dan keluarga berhari raya diTaman perumahan, kebiasaannya pada hari pertama selepas sahaja bersembahyang hari raya aidil fitri disurau, saya dan keluarga akan menziarahi keluarga mertua dan tengahari akan bertolak ke Negeri Sembilan. Tapi pada tahun ini saya hanya habiskan masa cuti ini dirumah sahaja. Hari pertama ziarah mertua lepas sembahyang zohor dan anak-anak telah pun dihantar lebih awal pada malam raya.


Saya hanya duduk sebentar dirumah mertua dan beredar balik kerana tidak sihat dan perut meragam pula. Saya balik kerumah dan terus berihat, berjanji dengan isteri dan anak-anak akan mengambil mereka selepas sembahyang isyak. Seperti biasa sms datang bertalu-talu untuk mengucapkan Selamat Hari Raya sebagai penganti kad yang biasa dilakukan pada zaman kanak-kanak dahulu.


Menerima sms dari puan Madia mengatakan mertuanya agak nazak dan beliau harus bergegas untuk menziarahi mertuanya di Johor dan keesokannya beliau memberitahu bahawa mertuanya telahpun meninggal dunia pada hari pertama hari raya. Dengan ini saya mengucapkan takziah pada beliau dan suami atas pemergian ibu mertua yang tercinta.


Hari ini merupakan hari ketiga buat rancangan untuk menziarahi kakak di Sik Kedah dan bercadang untuk bertolak selepas waktu asar. Rancangan seterusnya adalah untuk menziarahi kakak diManjung pada minggu hadapan.




No comments: