Wednesday, October 22, 2008

KEHIDUPAN : MY HANDPHONE


Ramai orang tertanya-tanya, bolehkah kita hidup tanpa handphone hari ini? Apakah handphone itu satu keperluan atau melambangkan status seseorang itu? Mungkin dua puluh tahun yang lalu ianya satu status tetapi mengikut keperluan hari ini ianya hanyalah satu barang yang dibawa kehulu kehilir dari budak darjah satu hinggalah kepada orang dewasa samada berpangkat besar mahupun pekerja bawahan biasa, dari yang diberi percuma hinggalah kepada semahal-mahal harga dengan perisian yang canggih-canggih.


Bercakap pasal handphone, aku dah gunanya semenjak tahun 1990. Ketika itu modelnya agak terhad dengan harga melebihi satu ribu ringgit. Modelnya dua sahaja yang saya ingat motorola dan nokia. Motorola saiznya macam botol air budak pergi sekolah , besar dan berat tetapi sesiapa yang memilikinya itu tentulah bukan orang yang sebarangan, terdiri dari ahli politik ataupun ahli peniaga koprat yang besar. Sebelum itu dah ada tetapi saiznya begitu besar diangkat macam beg kecil ataupun diletak didalam kereta. Harga dalam pasaran ketika itu adalah sekitar RM7000 hinggalah kepada RM10,000. Talipon itu mengunakan sistem ATUR [ automatic telephone use radio]. Bangganya tak terkira apabila bercakap dan diperhatikan oleh orang ramai kerana ramai yang tak mampu untuk menggunakannya.


Model pertama milik saya yang diberi oleh boss ketika itu adalah model Nokia dan saya tak ingat modelnya pun. Baterinya panjang dan boleh tahan dalam masa beberapa jam sahaja. Setiap kali berdering dengan bangganya bercakap sambil diperhatikan oleh orang disekeliling. Tiada sms ataupun deringan yang canggih-canggih seperti sekarang. Semenjak itu saya sering bertukar model dari nokia ke Panasonic, siemen,motorola, samsung dan satu model yang dah saya lupa jenamanya.


Peristiwa yang tidak boleh saya lupakan ialah semasa dalam perjalanan pulang dengan bas ekpress dari Butterwort ke Melaka tiba-tiba bas rosak ditengah Highway antara Kuala Lumpur dan Seremban, maka dreber bas bertanya ada sesiapa didalam bas ini yang mempunyai Talipon Tangan? Semua orang senyap dan mengelengkan kepala. Saya masih ingat ketika itu jam menunjukan pukul 4.00 pagi. Lantas saya bangun dan berikan kepada dreber bas untuk membuat panggilan kecemasan. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kerana menyelamatkan keadaan. Berjasa juga talipon Nokia yang besar itu bak kata orang sekarang kalau baling anjing pun boleh mati untuk menunjukan beratnya handphone tersebut.


Sekarang ini walaupun dah berlaku peristiwa tersebut 17tahun yang lalu tetapi masih dalam ingatan kerana hari ini pun talipon model Nokia menjadi pilihan saya dan Saya taklah orang yang begitu canggih dalam hal-hal handphone tetapi bermadailah dengan model yang biasa sahaja. Anak yang darjah satu itu pun mahukan handphone yang berkamera seperti abangnya juga. Untuk apa Allah juga yang Maha Mengetahui...........
Tuan-tuan tanyalah diri tuan-tuan sekarang bolehkah hidup tanpa handphone. Bab yang paling menyampah bila dah malam-malam buta talipon berdering,angkat dan tengok nombor talipon yang paling tak suka untuk dijawab. Masa aku kerja dengan bos yang tension pastikan talipon ditutup selepas pukul 5.00 ptg dengan alasan diluar kawasan perhikmatan tetapi sekarang tak boleh bagi alasan lagi kerana bill handphone dibayar. Nampaknya tiada privacy lagi.






No comments: