Friday, October 17, 2008

KEHIDUPAN : BANYAK BINI


Kadang-kadang tertanya-tanya juga bagaimana member aku boleh berbini tiga, apa rahsianya? Walaupun dah lama kenal tetapi tak pernah pula tanya pasal khawin. Bini pertama ustazah, kedua kerani bank dan ketiga pula tidak berkerja, dulu kerja tetapi berhenti jaga anak. Korek punya korek last-last ia beritahu juga. Ia mengaku bukan senang nak jaga tetapi keadilan itu penting. Semua mendapat hak yang sama dan giliran yang sama. Member aku beritahu setiap kali ia berkhawin lain , ia tidak pernah menipu isteri-isterinya berterus terang. sikit-sikit tu adalah tetapi tak lah pula macam cerita P. Ramlee madu tiga.


Dalam apa hal pun isteri tua kena didahulukan kerana senang susah dirasakan bersama dan member aku kata isteri kedua dan ketiga dah tahu beliau dah ada isteri tetapi kalau sanggup menerima syarat tersebut boleh khawin ,kalau tidak lupakan sahaja. Calon-calon isterinya pula adalah terdiri dari janda-janda yang ditinggalkan suami atau diabaikan suami diatas sebab-sebab tertentu kerana niatnya adalah untuk membantu mereka dan menjaga kehormatan mereka.


Walaupun isteri tua dan isteri kedua tidak ada masaalah mungkin dengan isteri muda ada sedikit cemburu oleh itu mereka tidak dibenarkan bersua muka kerana ini akan menyebabkan perasaan dendam itu akan ujud. Anak-anak dijaga dengan saksama dan semua keperluan rumah tangga dijaga dengan baik. Anak-anak digalakan untuk bertanya khabar dengan mak-mak tirinya.


Dari segi harta pula semua isteri-isterinya disediakan kereta dan rumah masing-masing untuk kemudahan mereka dan perbelanjaan dapur disediakan dengan secukupnya. Isteri-isterinya tidak digalakan menalipon member aku dan biar dia yang menalipon mereka melainkan ada hal-hal yang begitu penting.


Giliran adalah penting dan yang penting sekali pulus mestilah kuat. Member aku ni kerja biasa sahaja dengan pendapatan lebih kurang RM4000.00 sebulan dan ditambah pula dengan hasil kebun kelapa sawit dan ternak lembu. Kena rajin dan kena faham bahawa rezeki kita tu Allah swt yang dah tentukan kalau kita betul dan jujur dalam perkhawinan Insyaalah Allah swt permudahkan.


Aku tak tahu yang jiran depan rumah aku pun khawin dua, yang boleh tahu tu anaknya suka bercakap dengan isteri aku. Dia kata dia ada dua emak dan yang bestnya duduk sekali pulak tu. Macam mana ya. Isteri tua jaga rumah manakala isteri muda berkerja. Muda pergi kerja , isteri tua masak dan jaga anak-anaknya. Pelik tapi benar.


Yang sebenarnya member aku yang khawin lain tu bukan apa, dia punya keinginan _ _ _ __ _ _ _nya kuat sangat lalu diberi green light oleh isteri-isterinya. Bukan senang nak dapat payung emas di akhirat tau. Lupa nak beritahu yang bestnya isteri pertama diKedah, kedua diKelantan dan ketiga pula diSeberang Prai, Pulau Pinang dan boleh tak pembaca terangkan bagaimana nak bergilira-gilir. Hebat, hebat..............


3 comments:

Unknown said...

i just don't believe in this...betul mungkin mampu dari segi kewangan tapi somehow or rather tak kan boleh buat isteri-isteri tu berpuashati,the moment ada rasa tak rasa macam tu dah tak kena.dia boleh kata dia dah adil but to the wife menyimpan dendam so still back to the samething...failed melaksanakan tanggungjawab.

Anonymous said...

yang marah sangat tu pasal apa, bukan satu hari dua hari dia khawin dan lagi pun tidak pula menyalahi hukum syarak. Asasnya ia berkemampuan dan berharta, lagi pun isteri-isterinya adalah orang yang terdiri dari terianiaya akibat suami-suami yang tidak bertanggungjawab. Mungkin u tak boleh terima hakikatnya tetapi bagi isteri-isteri yang dapat melihat kelainan pasti dapat merasakan kebahagiaannya. Fail mungkin pada diri u not to the person.

i know this guy well.

Unknown said...

bukan marahkah ..i just said that i don't believe that men can be fair when this happened especially in this modern world nowadays.