Thursday, October 9, 2008

KEHIDUPAN : KAWAN


Menerima sms dari rakan-rakan untuk memberitahu tentang rumah terbuka di Kuala Lumpur. Agak keberatan juga untuk pergi tetapi setelah difikirkan baik juga dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama. Bukan senang nak berjumpa sekali gus, sekurang-kurangnya dengan adanya maljis seumpama ini dapat juga berbual kisah lama dan bergelak ketawa sambil dapat melupakan hal-hal kerja buat sementara. Yang pentingnya kawan lama jangan dilupakan kerana ajal maut belum tentu dapat berjumpa pada tahun hadapan.


Bad talipon bercerita tentang kesihatannya yang mula merosot sejak kebelakangan ini dan bermacam -macam ubat yang nak ditelan katanya. Mengeluh juga katanya tetapi apa boleh buat dah ditakdirkan tiada sesiapa pun dapat mengelak. Beliau juga berkata sejak kebelakangan ini asyik ingat mati aje dan saya beritahu ingat mati itu bagus tetapi dah fikir ke amalan kita ini dah cukup untuk dibuat bekalan disana. Betul juga katanya, tunggu mati je tak jadi apa, yang penting apa persiapan untuk mati. Termenung juga dibuatnya.


Ajal maut ditangan Allah swt, kadang-kadang orang yang sakit tak mati-mati pun , lat-lat orang yang sihat tu mati dulu. Kadang-kadang orang yang sakit terlantar merana yang datang melawat tu temui ajal. Bukan kita tak pernah tengok peristiwa macam itu. Akhirnya saya kata dah sembahyang asar ke belum beliau menjawab belum, pergi sembahyang dulu lalu beliau berseloroh ada juga kawan macam ini yang mengingatkan kita tentang akhirat. Saya jawab apa gunanya kawan kalau tidak menasihati lantas beliau letak talipon. Pergi sembahyanglah tu......

No comments: