Tuesday, February 10, 2009

KEHIDUPAN : MENCAPAI IMPIAN



Baru balik dari Manjung rumah kakak kerana menghantar barang yang dipesannya untuk kenduri anak lelakinya yang nombor dua. Kali ini agak berlainan sedikit kerana kenduri anak lelaki sulungnya untuk tetamu kanak-kanak diberinya jeli tetapi kali ini agak istimewa iaitu Nestle breakfast cereal LCP 20gm. Sudah tentu akan menjadi satu hadiah yang istimewa buat kanak-kanak kerana belum pernah lagi dibuat orang setakat ini.

Sempat juga bertemu member lama Jamalludin Hassan di Kamdar Manjung, beliau sedang membuat tempahan langsir untuk Apartmen barunya diTelok Senangin dalam kawasan Swiss Garden Resort. Sudah berkhawin tetapi hidup membujang kerana isteri dan anak lelaki beliau masih lagi di Jepun kerana isterinya warganegara Jepun, agak menarik juga tetapi beliau beritahu bukan mudah untuk beristerikan orang asing kerana banyak dugaan dan cabaran yang harus dihadapi kerana berbeza budaya dan adat resam. Jamal menjangkakan dua atau tiga tahun lagi isterinya akan duduk diMalaysia setelah selesai segala urusan rumahnya di Jepun.

Kemudian singgah dikedai perabot second hand hotel dibelakang Kamdar. Perabotnya berkualiti dengan harga yang berpatutan sekali. Hanya tinjau-tinjau dulu sebelum buat keputusan kerana Apartment masih dalam renovation. Sekurang-kurangnya dapat gambaran bagaimana untuk menghiasi Apartment barunya. Dalam kesibukan beliau masih sempat lagi untuk berbicara tentang berniaga kerana beliau dalam rancangan untuk memelihara ikan keli katanya. Kenal sangat dengan beliau kerana dari dulu lagi beliau cukup aktif dalam urusan berniaga part time. Dari perabot hingga kepada bidang makanan. Sempat juga pelawa aku untuk jadi partnernya untuk buka kopitiam di Manjung. Aku sekadar mengangguk je.

Singgah makan di Uncle Zam dekat manjung, aku pesan Nasi Ayam dan beliau hanya makan roti sahaja patutlah boleh jadi kaya kerana cukup jimat orangnya. Lepas makan aku ajak kerumah kakak aku dan beliau tidak menolak tetapi sekejap sahaja kerana beliau ada class untuk mengajar. Aku tanya dia " bukankah hari ini public holiday" beliau menjawab " part time class, satu jam Rm100.00" kerana beliau mengajar out campus di UITM Sri Iskandar dalam bidang pengkhususan Global Business Studies. Buat duit je siang malam.

Sebelum bertolak balik ke Butterwort, Hafizal rakan sekerja semasa di Teluk Intan talipon dan beliau tengah mengecat Tadika di Manjung katanya. Singgah sebentar untuk berbual. Aku tanya dia " apa yang kome rajin benor mengecat tadika ini tengah buat kerja amal ke" lantas beliau menjawab " tak lah inikan tadika orang rumah teman" terdiam sekejap kerana tiga buah rumah telah diubah suai untuk dijadikan pusat asuhan kanak-kanak. Isteri beliau memang ada kelayakan dan lesen untuk menjalankan perniagaan tersebut. " hai, kaya le kamu ye dan bila kome nak berhenti korje" beliau menjawab " tak boleh le kerana Nestle tu teman nak ambil benefitnya dan biar le isteri teman menjaganya" " kaya,kaya " jawab saya.

Nampaknya semua member-member berlumba-lumba untuk mencapai impian mereka dengan berniaga dan buat partime sedangkan aku ni masih ditakuk lama, bukan apa memang dari dulu lagi prinsip aku buat satu kerja dalam satu masa.



2 comments:

Unknown said...

how is he?wonder dah berisi or still fit macam dulu..

Putra Bertam said...

Tak berubah, macam dulu juga. Stail orang jepun. Ber t shirt dan berselipar. Sekali pandang macam pelancong jepun yang simple tetapi senior lecture di UTIM. Cerewet dalam memilih perabot kerana beliau beritahu aku , beliau mahu perabotnya tidak serupa dengan orang lain so it mean tailor made kot.