Saturday, February 21, 2009

KEHIDUPAN : BERBALAH



Semenjak kebelakangan ini, rasa jelek, jengkal dan muak untuk membelek-belek akhbar elektronik melalui internet. Berita-berita yang dipaparkan tidak mencerminkan realiti sebenar kehidupan yang mencabar hari ini. Akhbar-akhar yang pro kepada kerajaan akan memaparkan kejelekan parti lawan manakala akhbar-akhbar parti pembangkang pula akan mencari kesilapan parti pemerintah. Walau bagaimana pun inilah lumrah kehidupan berpolitik.

Saban hari saya berhadapan dengan rakan-rakan yang bekerja dengan sektor perkilangan yang mengeloh akibat kelembapan ekonomi. Ini memberi kesan secara langsung kepada mereka. Semalam seperti biasa buat fieldwork di BenQ Seberang Jaya. Tujuan untuk follow up chiller yang diperbaiki oleh third party. Suasana diKilang agak legang kerana jumlah pekerja telah dikurangkan. Pekerja -pekerja kontrak dari luar telah dihantar pulang dan pekerja tempatan telah dikurangkan dengan memberhentikan mereka. Jumlah yang terlibat seramai seratus orang dan jumlah tersebut akan meningkat sebaik sahaja laporan untuk keputusan Q2 keluar. Bergantung kepada pesanan yang diperolehi. Kebanyakan Industri akan menunggu bulan March untuk mengetahui kesan sebenar kelembapan Global yang teruk.

Minimart yang dimiliki oleh Mr Tan telah mengalami penurunan jualan yang agak ketara akibat pendapatan pekerja kilang semakin kurang. Tiada OT dan waktu bekerja telah dikurangkan dari satu minggu kepada beberapa hari sahaja untuk mengurangkan kos operasi. Jumlah pendapatan terjejas dan cara berbelanja juga berubah kerana 50% pendapatan digunakan untuk menjelaskan pinjaman bank dan bentuk pinjaman rumah dan kereta. Tiada pilihan terpaksa mengurangkan belanja makan dan makan sekadar apa yang ada. Tiada masa lagi untuk memilih makanan yang berjenama atau susu yang berjenama untuk anak-anak. Kesan yang lebih teruk lagi peningkatan pengangguran dan kadar jenayah akan meningkat atas dasar untuk memenuhi perut atau kehidupan yang mencabar.

Dalam suasana yang tidak menentu ini, apakah pembalahan politik boleh menyelamatkan perut-perut yang kelaparan? Kamu dilantik untuk menyelesaikan masaalah bukan menambahkan masaalah kepada rakyat kerana bergaduhnya antara dua gajah rusa mati ditengah-tengah. Kalah atau menang kamu tetap bergaji dari hasil kutipan pendapatan rakyat, sedangkan rakyat bergelut untuk meneruskan kehidupan yang mendatang.

No comments: