Sunday, February 8, 2009

KEHIDUPAN : KEMBALI KEPADA UNDANG2



Suasana politik yang tidak menentu telah berlaku di Perak. Melihatkan keadaan itu membuatkan saya merasa mual dan muak dengan gelagat-gelagat parti politik yang bertindak secara tidak matang. Saya hanya seorang awam yang biasa tidak mengetahui proses perjalanan perundangan secara khusus tetapi apa yang berlaku adalah sesuatu yang cukup mengaibkan pada pandangan masyarakat antarabangsa. Apakah kita meletakan undang-undang yang dicipta dan akhirnya kita pula yang meranapkan proses undang-undang tersebut? Nampaknya kita masih lagi tidak matang walaupun sudah setengah abad merdeka. Parti pemerintah nampaknya begitu terdesak untuk mengembalikan maruahnya yang tercalar manakala parti dari Pakatan Rakyat pula mahu menengahkan sebuah parti yang bermaruah dan berprinsip. Walau bagaimana pun semua pihak mempunyai agenda tersendiri dalam menagangi isu tersebut.

Sebagai sebuah negara yang Berajakan Perlembagaan seharusnya mengambil kira semua pandangan bijak pandai dalam hal-hal yang bersangkutan dengan perundangan untuk mengelakan agar institutsi Raja tidak tercemar dengan apa yang berlaku di Perak. Institutsi Raja lebih kepada bersikap nuetral dan tidak menampakkan kecenderungan kepada mana-mana pihak untuk mengelakkan pandangan serong rakyat yang mempunyai aliran dan kefahaman parti politik yang berbeza-beza. Kembalikanlah demokrasi itu kepada rakyat kerana hak untuk memilih bagi mewakili mereka adalah rakyat.

Keadaan telah berubah, kematangan manusia semakin berkembang dan jangan biarkan diri kita ini diperbodohkan dengan kejahilan yang disengajakan. Jalan terbaik untuk menenangkan kembali suasana di Perak hanya dengan proses perundang. Bak kata perpatah" we might win the war but we will loose the battle".

1 comment:

Unknown said...

i'll off the tv or radio when they talked about.real disgusting.....baik dgr lagu klasik