Wednesday, February 18, 2009

KEHIDUPAN : BRANCH MANAGER BARU



Baru balik dari thruput meeting untuk bulan febuari yang diadakan di Sunway Convention Centre, Seberang Jaya. Kali ini mesyuarat agak panjang dan juga perlancaran Nan Pro untuk formula makanan bayi yang baru. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Lee Tsuen Foo pengurus cawangan baru. Sebelum ditukarkan ke Penang branch, beliau adalah pengurus cawangan kuantan. Orangnya masih muda dan agak aggresif. Cara dan pembawaan beliau mirip kepada Mr Ganesan bekas Pengarah Jualan Nestle yang kini bertugas di India sebagai Pengarah Jualan untuk tiga negara India, Pakistan, Bangladesh dan Sri Lanka. Cara beliau mengendalikan mesyuarat juga agak berlainan dan lebih sikap terbuka. Beliau juga menghormati pandangan orang lain dan mudah untuk berinteraksi.

Saya mengenali beliau semenjak di Ipoh lagi kerana pada masa tersebut beliau telah pun memegang jawatan FSE dalam division grocery 2 Maggi dan Nescafe. Mudah bergaul dan mempunyai minat dalam bidang sukan terutamanya Badminton. Market work men dan sentiasa berpandangan jauh serta positif. Berpengalaman dan 26 tahun dalam Nestle. Maknanya semua game plan yang diamalkan dalam Nestle dari FPO hingga ke ABM dalam poket beliau. Dalam erti lain jangan cuba nak kelentong beliau.

1 comment:

Anonymous said...

Hi i am pradeep i read your article and it is really cool and awesome. Your Blog seem to be cool and Good theme too...This is my FIRST entry in having a blog I want to make new friends from all over the country and share my new experiences that i am going to have in my upcoming whole life.I think we can share everything and know more about each other….PLEASE HELP ME IN MAKING YOU AS MY FRIEND….hahaha… :lol:i have added your link kindly visit my blog and add my link.