Monday, July 14, 2008

KEHIDUPAN : PROJECT


Bulan julai, saya telah diberi satu tugas baru oleh pihak pengurusan ASO Bkt. Mertajam. Project Nescafe Tongkat Ali dan Ginseng. Misi saya adalah untuk memastikan TAG ini di edarkan diseluruh kedai runcit A,B dan C. Ini bermakna saya harus cover seluruh kawasan yang dipertanggungjawabkan kepada pengedar saya iaitu CHHK. Kawasan tersebut bermula dari Seberang Prai utara, tengah dan Kulim.


Ia bukanlah satu tugas yang mudah tetapi amanah yang diberi akan saya laksanakan. Disamping itu saya juga dipertanggungjawabkan untuk menjalankan promosi bagi TAG di kedai kopi serta jualan terus dikilang-kilang dengan mengadakan aktiviti-aktiviti bagi mempromosikan keluaran Nestle Product.


Saya yakin akan mencapai sasaran yang diberikan, di samping itu project Maggi Cukup Rasa akan diadakan di Pasar Awam Kampung Baru di Bukit Mertajam pada 19 Julai 2008. Pihak ASO telah menetapkan sasaran jualan sebanyak 100 peti Cukup Rasa bagi memecah rekod yang lalu di Bagan Ajam. Project seterusnya adalah Healthy Campaign di Kilang Continental Prai pada 6 ogos 2008.

2 comments:

Unknown said...

good..very determine! arwah pn sharifah mesti berbangga dengan student dia macam,tak sia sia subject yang di ajar dulu and pn fatimah yang ajar marketing dulu kejap pun mesti happy punya kalau tahu student dia ada high determination macam ni....

Putra Bertam said...

No need to bodek -bodek coz it part of my job. No big deal at all.