Saturday, July 26, 2008

KEHIDUPAN : HARGA DIRI


Apakah harga diri yang dibayar oleh manusia atau manusia tidak tahu harga dirinya? Ia seumpama satu barang yang tidak diletakan tanda harga dan tawar menawar diperlukan untuk menentukan harganya. Siapakah yang menentukan harga tersebut sipembeli atau sipenjual? Itulah tajuk pembincangan selepas sembahyang subuh disurau pagi tadi.


Saudara Dr. Roslan telah menerangkan bahawa harga diri manusia itu bukanlah terletak pada pangkat, harta, darjat tetapi sejauh mana takwanya manusia itu kepada Allah Swt. Ganjarannya adalah Surga sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah Swt. Manusia menawarkan harga dirinya kepada Allah Swt adalah dalam bentuk ketaatan kepadanya dan mengikut jalan yang telah ditetapkan.


Walaupun jalan kesurga itu bukan mudah dan dihalangi dengan berbagai-bagai ujian mengikut taraf dan darjat manusia itu sendiri. Dr. Roslan menerangkan Orang Palestin mengadaikan harga dirinya kepada Allah Swt dengan pengorbanan berbentuk jihad bagi membebaskan tanah mereka dari pihak Zionist. Mereka sanggup dibunuh bahkan dibom semata-mata kerana yakin dengan janji-janji Allah Swt dan menjadikan jihad mereka itu satu urusan jual beli untuk menunjukan kesedian meraka untuk membela orang Islam dan Agama.


Mereka ini membeli kebenaran untuk petunjuk atau hidayah. Ada juga manusia yang membeli kesesatan untuk dijanjikan dengan surga dunia yang fana. Maka berlakulah kekorupsi oleh penguasa dunia dengan memutar belitkan kebenaran dan keadilan. Bahkan tidak mengejutkan ianya dilakukan oleh orang yang beragama Islam itu sendiri. Maka marilah kita merenung kembali sejauh mana harga diri kita dan dimana letaknya harga diri kita untuk ditawarkan kepada Allah Swt.


Yang pastinya manusia itu sentiasa dalam ujian walau apa kedudukanya. Bagi yang beragama pasti akan diuji dengan keingian hawa nafsu shyawat yang tinggi, yang berilmu pun diuji dengan sifat sombong dan riak, yang dermawan dengan sifat boros manakala yang kaya diuji dengan sifat tamak. Ini bermakna tiada siapa yang terlepas darinya manakala yang berjaya akan diganjarkan harga diri yang mahal tetapi terpaksa melalui liku-liku ujian yang ditetapkan oleh Allah Swt.

1 comment: