Minggu yang cukup memenatkan minda. Tak tahu kenapa tiba-tiba saja satu persatu masaalah rumahtangga, anak tiri dengan pak tiri dan anak buah yang tiba-tiba nak sangat bernikah walaupun kedua-duanya masih belajar. Semuanya dipertontonkan seolah olah sebuah drama dihadapan mata. Terfikir juga adakah ini semua satu pengajaran yang ingin dipertontonkan untuk satu pengajaran dari Allah Swt. Sesungguhnya Allah Swt jua yang Maha Mengetahui. Lantas aku membuat andaian bahawa nampak benar dunia ini hampir kiamat. Apa taknya, apabila anak-anak mula membelakangkan nasihat orang tua lalu mengambil jalan mudah dengan mendesak untuk dikhawinkan. Mungkin sudah sampai jodoh agaknya ataupun tidak dapat lagi mengawal keinginan nafsu muda lantas tidak memandang jauh kehadapan akan cabaran yang akan dihadapinya. Oleh kerana tidak mahukan sesuatu berlaku terpaksalah siibu dan sibapa tadi menurut kehendak anak-anak.
Kalaulah kita menyingkap kembali bagaimana begitu beradapnya kita untuk meminang anak orang. Kita dahulukan dengan merisik kemudian menghantar pasukan melamar lalu apabila dipersetujui dilansungkan acara meminang untuk diberi waktu bagi persiapan sementara menanti hari pernikahan. Begitu tertibnya adat Melayu melamar. Malangnya ketertiban adab ini tidak lagi menjadi satu kelaziman. Dimanakah silap kita, adakah kita merasakan bahawa adab-adab tersebut tidak lagi sesuai dengan keadaan sekarang ataupun generasi sekarang merasakan bahawa ianya tidak lagi perlu kerana merisik atau melamar boleh dilakukan hanya dengan SMS atau melalui Internet chit chat.
Begitulah halnya apa yang berlaku sekarang apabila orang tua dibelakangkan dan hawa nafsu mengatasi segala-galanya. Apakah kita tidak terfikir apa yang kita lakukan sekarang , akan juga berlaku kepada anak-anak apabila mereka juga akan menjadi ibubapa................... sandiwara dunia sentiasa berpusing. Fikirkanlah...........wahai orang muda.
No comments:
Post a Comment