Showing posts with label ELECTION. Show all posts
Showing posts with label ELECTION. Show all posts

Tuesday, April 7, 2009

LIFE : THE TALE OF 2 BUKITS 1 BATANG AI




Dato'Seri Mohd Jamaluddin Nizar (PAS) 21,860
Ismail Saffian (BN-Umno) 19,071
Kamarul Ramizu Idris (Ind) 62
Majority - 2,789 (In 2008, the majority was 1,566)





Manikumar (PKR) 12,632
Dato S Ganesan (MIC) 10,232
Majority 2,403





Malcolm Mussem Lamoh (3,907 votes) has beaten PKR's Jawah Gerang (2,053).
The majority is 1,854.
Official result and photo taken from Malaysiakini.com

Tuesday, August 26, 2008

KEHIDUPAN : KE PARLIMEN


LIVE UPDATES Final EC tally - Anwar got 31,195 votes, Arif Shah, 15,524, Hanafi, 92. Anwar won with a majority of 15,671. Anwar's wife, Dr Wan Azizah Wan Ismail, won the seat with a 13,388 majority at the March 8 general election. Petikan dari Malaysiakini.


Keputusan pilihanraya kecil bagi kawasan Permatang Pauh telah diistiharkan, seperti diatas Dato Seri Anwar Ibrahim dipilih untuk mewakili Permatang Pauh keParlimen. Adakah senario di Parlimen akan berubah dan Pakatan Rakyat akan lebih menonjol dengan adanya tokoh yang berwibawa?


Pengundi di Ptmg Pauh telah membuat keputusan dan ini bermakna segala tomahan dan isu-isu yang lebih kepada peribadi sedikit pun tidak mengubah pendirian pengundi dikawasan tersebut. Mengikut pendapat orangramai semakin serangan secara peribadi bertalu-talu semakin simpati bagi pengundi dikawasan tersebut.


Apakah detik ke Putra jaya mula berjalan?

KEHIDUPAN : HARI MENGUNDI

Hari ni diumumkan sebagai cuti untuk Negeri Pulau Pinang, saya mengambil kesempatan ini untuk melawat dan melihat suasana di beberapa pusat mengundi bagi kawasan Pmtg Pauh. Cuaca agak mendung dan hujan turun renyai-renyai. Walau bagaimana pun ini tidak menjadi halangan bagi pengundi untuk memilih wakil Parlimen mereka.

Kelihatan penyokong parti-parti bertanding cuba meraih undi walaupun dalam keadaan hujan. Semangat mereka tetap tinggi untuk memastikan wakil yang dipilih akan menang dalam pertanding ini.

Penyokong parti Keadilan lebih menyerlah berbanding dengan parti lawan iaitu Barisan Nasional.




Dalam hujan renyai-renyai penyokong parti tetap setia.


Pusat mengundi bagi kawasan Jalan Baru Prai yang masuk didalam kawasan Permatang Pauh.


Penyokong mengibarkan bendera parti mereka dengan penuh semangat.



KEHIDUPAN : KEMPEN

Photo ini diambil disepanjang jalan dari lampu isyarat simpang Berapit hingga ke lampu isyarat Masjid Kubang Semang. Kesesakan bertambah diwaktu petang kerana waktu orang tempatan pulang dari kerja. Sepanjang jalan ini merupakan Hot Sit bagi Parti Keadilan dan Barisan Nasional.

Melihat kepada nombor plet kereta kebanyakannya adalah orang luar yang datang untuk membantu kempen bagi kawasan Permatang Pauh. Sepanjang jalan ini seperti pesta dan kelihatan para peraih undi cuba menarik perhatian pemandu sambil memberi manifesto parti masing-masing.


Sesak, sesak , sesak dan kenderaan terpaksa bergerak perlahan kerana hari ini merupakan hari terakhir kempen.


Bendera parti bergantungan berselang seli dengan parti-parti yang bertanding.


Selamat mengundi kepada semua pengundi bagi kawasan Permatang Pauh. Waktu berkempen tamat jam 12 tengah malam dan semua parti yang bertanding akan mengetahui wakil Parlimen apabila waktu mengundi ditutup jam 6 petang. Kerajaan Pulau Pinang telah pun mengistiharkan cuti umum bagi membolehkan penduduk kawasan Permatang Pauh untuk keluar mengundi bagi memilih wakil Parlimen mereka.


Monday, August 25, 2008

KEHIDUPAN : PMTG PAUH MILIK SIAPA?

PARTI KEADILAN RAKYAT


BARISAN NASIONAL


ANGKATAN KEADILAN INSAN MALAYSIA