Tuesday, February 9, 2010

KEHIDUPAN : MERIMASKAN.


Adakalanya cukup merimaskan apabila membaca berita-berita dari media elektronik mahupun akhbar-akhbar tradisional. Kebanyaknya hanya mempaparkan kisah-kisah yang mengaibkan dan suasana politik yang tidak menentu sejak kebelakangan ini. Apakah tidak ada berita-berita yang lebih baik dari itu ataupun akhbar-akhbar cuba mengaut keuntungan dengan menyiarkan berita-berita yang sensasi agar keuntungan syarikat dapat bertambah. Walaupun terpengaruh dengan kata-kata " good news is a bad news and bad news is a good news."


Jika kita meyingkap akhbar-akhbar dahulu 60an dan 70an, kita akan dapati berita-berita seperti anak bunuh ibu atau bapa, kes pembuangan anak dan pekara-pekara yang mengaib lansung tidak kedengaran,sebaliknya cerita-cerita untuk menaikkan semangat nasionalisma lebih diutamakan. Apakah dahulu orang lebih bermoral dari sekarang? Tiada jawapan yang pasti tentangnya, berkemungkinan zaman berbeza agaknya. Pada ketika itu manusia berjuang demi bangsa dan negara bukannya atas maksud untuk kepentingan diri tetapi sekarang setiap perbuatan yang dilakukan ada maksud sebaliknya. Samada mahu mencari populariti atau kekayaan dengan jalan yang lebih mudah walaupun terpaksa mengadai maruah dan jati diri.


Mari kita merenung sejenak, apa akan berlaku 20 tahun akan datang. Apa akan jadi dengan generasi kita dan kemana arah tuju mereka? Melihat kepada perubahan dunia sekarang ditambah lagi dengan dunia tanpa sempadan, kita takuti generasi kita akan hanyut dilambung berita-berita yang merosakan dan melalaikan dengan hiburan-hiburan yang melampau. Marilah kita sama-sama fikirkan kerana kita ada keluarga yang harus dipelihara walaupun kita tidak mampu untuk menahan segala kecanggihan dan perubahan dunia yang akan merempuh kita umpama badai yang kuat tetapi sekurang-kurangnya kita dapat memelihara ahli keluarga kita dari pekara-pekara yang merosakan . Apa yang mampu kita lakukan hanyalah " mengawal pekara yang boleh dikawal dan pekara yang tidak mampu dikawal kita serahkan kepada Tuhan yang Maha Esa "

No comments: