Monday, February 1, 2010

KEHIDUPAN : KEMANA KITA?


Ada ketikanya kehidupan ini penuh dengan sifat kepura-puraan. Manusia sanggup menipu walaupun ia tahu bahawa perbuatan yang dilakukan itu tidak mendatangkan apa-apa manafaat untuk dirinya. Menipu untuk mendapatkan nama dan darjat; menipu untuk mendapatkan kesenangan dunia yang sementara ini dan sanggup menindas atau memijak orang lain hanya untuk memenuhi hajat mereka. Kadang-kadang kita terkeliru diantara yang haq dan yang batil. Kadang-kadang kita melihat orang yang benar-benar berkerja keras untuk mendapatkan sesuatu hajat tidak tercapai tetapi sebaliknya orang yang hanya pandai berkata-kata dan belum pasti tahu membuat kerja, manusia seperti inilah yang banyak terdapat didunia ini. Mereka pandai mengunakan kemahiran berkata-kata untuk memukau orang lain, walhal dalam soal kerja belum pasti bahkan pandai pula memupulasikan sesuatu dengan mengambil kesempatan atas orang lain dalam urusan kerja.


Walaupun masih ada manusia yang benar-benar jujur dan bekerja keras untuk sesuatu tetapi jumlahnya adalah sedikit dan akhirnya mereka berjaya. Tidak hairanlah hari ini manusia sanggup melakukan apa sahaja asalkan hajatnya tercapai walaupun terpaksa mengadai maruah dan harga diri. Kejujuran semakin hari semakin menipis dalam kehidupan manusia, keikhlasan semakin hari semakin terhakis dari kamus manusia, apakah akan datang satu masa nanti manusia akan kehilangan nilai-nilai murni kehidupan apabila kehidupan dunia ini semakin memandang kepada kebendaan?


Kemungkinan satu masa nanti, manusia akan sanggup menipu, merompak dan mengkhianati sesama manusia hanya atas dasar untuk mendapat kesenangan sementara diatas dunia yang fana ini. Nilai-nilai murni kehidupan hanya dapat dikembalikan apabila manusia itu kembali kepada ajaran sebenar yang telah disampaikan oleh Rasullullah Saw. Tulisan ini hanyalah datangnya secara spontan dari fikiran ku yang daif ini.


No comments: