Sunday, March 21, 2010

KEHIDUPAN : TERSESAT JALAN


Dah lama tak masuk kawasan Subang Jaya, banyak perubahan dan jalannya pun semakin mengelirukan. Selepas berehat di kawasan RnR jejantas Sg. buloh terus memandu ke Persimpangan Sujang jaya. Terperanjat apabila begitu banyak persimpangan bertingkat. Yang mana satu harus ku ikut, jalan bawah atau atas. Inlah persoalan yang timbul didalam kepala otak ini. Aku terus memandu mengikut gerak hati, jalan bawah yang menuju ke KL. Bagi aku kesilapan itu adalah satu pekara biasa dan dijadikan satu pengalaman. Memandu dan terus memandu sehingga gerak hati ini berkata aku tersesat. Lantas ku menalipon Shukor untuk mendapat arah keUSJ. Tepat sekali aku telah tersasar jauh dan aku beritahu lokasi kedudukan ku. Walaupun Shukor telah memberi tahu arah jalan yang betul tetapi oleh kerana terlalu banyak persimpangan bertingkat membuatkan aku keliru lagi.

Oleh kerana tidak mahu menganggu Shukor yang sedang berkelah bersama keluarganya di Ulu yam, aku menalipon Zul untuk mendapatkan arah jalan yang seterusnya. Malangnya aku tersesat lagi. Oleh kerana aku tidak mahu terus tersasar jauh, Zul menalipon lagi dan mengarahkan aku tunggu ditempat yang mudah untuk beliau mengambil aku dan menghantar aku ketempat yang hendak aku tujui iaitu The Summit Hotel. Rupa-rupanya aku berlegar disekitar kawasan perumahan Zul dan Shukor. Dalam keadaan ingat-ingat lupa aku cuba mengingatkan kembali kawasan yang pernah aku lalui dua tiga tahun yang lalu.

Tidak lama kemudian Zul dan Mai pun sampai dan memberitahu aku bahawa beliau berada dikawasan sekitar kerana menghadiri maljis perkhawinan kawan nya. Zul mengarahkan aku supaya mengekorinya dari belakang dan Alhamdullillah aku sampai dihadapan Hotel Summit. Jalan agak jam juga walaupun Hotel yang hendak aku tujui itu berada disebarang jalan namun aku terpaksa mengambil jalan jauh kerana tiada U turn yang terhampir disitu. Bayangkan walaupun Hotel telah pun berada dihadapan mata tetapi untuk U turn aku terpaksa memandu sekitar tiga kilometer. Itulah pepatah Inggeris berkata near yet so far.

Zul menalipon lagi untuk memastikan aku selamat sampai. Sebaik saja check in aku terus kekatil untuk merehatkan badan dan ada temujanji untuk makan malam bersama Zul, Mai, Shukor, Salwana dan Ctm. Dalam kesibukan mereka masih lagi ada ruang untuk sahabat yang datang dari jauh. Itulah yang dikatakan persahabatan. Terima kasih aku ucap untuk mereka yang sudi meluangkan masa bersama....................












No comments: