Wednesday, March 17, 2010

KEHIDUPAN : LAGU LAMA


Setiap kali memandu kereta samada kepejabat atau keluar untuk bersiar-siar kebiasaannya saya akan mendengar satu sahaja siaran radio kegemaran saya iaitu Klasik Nasional. Station Radio yang hanya menyiarkan lagu-lagu seawal 40an hinggalah ke akhir 70an. Kebanyakannya mengimbas kembali kenangan lama sekitar 60an dimana ketika itu saya masih kecil dan radio adalah satu-satunya alat hiburan yang popular ketika itu. Telivision hanya diperkenalkan pada awal 60an dan hanya mampu dimiliki oleh orang yang berada sahaja. Radio keluarga saya berjenama singer dan petinya diperbuat dari kayu. Setiap kali rancangan drama disiarkan maka seluruh ahli keluarga akan berhimpun dan mendengar siaran tersebut dengan penuh perhatian serta menghayati perjalanan cerita tersebut terutamanya siaran yang bersiri. Menghayati sehingga ada yang akan menangis apabila ada babak-babak yang sedih. Walau bagaimana pun pujian harus diberikan kerana cara orang dahulu menghayati satu-satu watak dengan sungguh-sungguh berbeza dengan zaman sekarang.


Lagu-lagu lama yang penuh dengan makna dan nasihat. Setiap nada dan iramanya sungguh merdu disertai dengan guridam dan lirik yang sedap didengar untuk hawa telinga. Sayangnya lagu-lagu ini tidak mendapat tempat dihati orang zaman sekarang terutamanya remaja-remaja kerana terpengaruh dengan lagu-lagu yang terjerit-jerit tanpa faham maksud lirik lagu. Terpengaruh dengan lagu-lagu heavy metal yang terkial-kial atas dasar kemodenan. Tidak dinafikan masih ada lagu-lagu yang baik-baik tetapi jumlahnya adalah sedikit sahaja. Berbeza dengan lagu-lagu gubahan contohnya seperti Almarhum Tan Sri P. Ramlee, walaupun beliau telah lama meninggalkan kita tetapi gubahan dan ciptaan lagu-lagunya masih segar dan sering diulang-ulangkan di radio bak kata perpatah tak jemu telinga mendengarnya. Begitulah halnya lagu-lagu yang digubah dengan sepenuh jiwa dan raga........................

No comments: