Setelah menonton kedua-dua filem thriller ini dan saya dapati kedua-dua filem tersebut membawa mesej yang agak berbeza. Dalam Edge of Darkness, Amerika itu sendiri digambarkan mengeluarkan senjata pemusnah yang dibuat untuk Negara lain, dijual atas dasar kepentingan Ahli politik. Maknanya Amerika itu sendiri negara yang membantu untuk pengganas. Apabila pendedahan itu dibuat maka ia mengancam setiap nyawa aktivitis termasuk raakyatnya sendiri atas dasar maklumat Rahsia. Pembunuhan yang dirancang agar Rahsia tidak dibocorkan dengan bantuan Ahli Politik. Filem ini lebih menunjukkan sifat kepuraan Amerika dalam menentang pengganas.Walaupun ianya hanyalah sekadar Filem tetapi ianya mendedahkan sifat sebenar Amerika.
Dalam filem From Paris with Love pula, Amerika berlagak seperti Polis Dunia membunuh segala orang yang dianggap pengganas yang memaparkan muka2 masarakat Cina dan Arab sebagai objek penganas. Filem ini pula lebih menjangkau filem Hindustan satu hero menentang berpuluh-puluh samseng tanpa mencederakan hero itu sendiri tetapi akhirnya musuhnya itu sendiri berada didalam rumah orang yang memburu pengganas. Atas dasar mencari kebenaran maka ia sanggup untuk melakukan bom berani mati yang diletakan dibadan atas dasar agama. Walaupun tidak menyebut agama mana tetapi ianya lebih difahami.Pembunuhan yang sewenang-wenangnya.Filem ini lebih berbentuk penghinaan.

No comments:
Post a Comment