Thursday, March 4, 2010

KEHIDUPAN : MASA MUDA


Masa bergerak begitu cepat, tanpa kita sedari kita telah pun menghampiri suku pertama bagi tahun 2010. Peristiwa lalu masih terbayang dihadapan mata. Kenangan manis bersama keluarga ketika bercuti masih segar dalam ingatan ini. Berita baik dan buruk masih menghantui fikiran ini. Apakah masa bergerak begitu pantas menandakan bahawa inilah akhir zaman yang mana setahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan seminggu dan seminggu bagaikan sehari. Bak kata perpatah masa itu emas dan jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja dan masa yang berlalu tidak boleh dikembalikan. Cuba kita renungkan bagaimana kita menghabiskan masa kita, adakah masa yang kita gunakan itu memberi manafaatkan untuk kehidupan kita atau kita membiarkan masa itu berlalu tanpa mendatangkan faedah bagi dunia dan akhirat kita. Kita harus sedar bahawa setiap masa yang digunakan akan dipersoalkan diakhirat nanti, bagaimana kita menghabiskan masa muda kita yang sangat berharga itu.


Kenapa Allah Swt menanyakan masa muda kita itu? Kenapa tidak disoal masa tua! Hikmahnya masa mudalah, apabila kederat kita masih kuat dan keinginan yang sangat tinggi serta kebolehan untuk melakukan sesuatu itu adalah diketika masa muda. Dalam kata lain masa muda itulah banyak cabarannya dan dugaannya. Ketika muda apabila kita dapat mengikut segala perintah Allah Swt maka kita akan selamat didunia mahupun diakhirat nanti. Apabila masa muda ini kita tundukkan keinginan hawa nafsu serta merendahkan pandangan dan memandang apa yang halal sahaja maka diakhirat nanti Allah Swt memberi kita satu penglihatan untuk melihat sesuatu pekara yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah dihidu oleh hidung. Oleh itu peliharalah masa muda ini dengan pekara yang mendatangkan kebaikan dunia dan akhirat.


Agak susah untuk kita memahami pekara diatas dengan fikiran kita kerana untuk memahaminya kita memerlukan keyakinan terhadap Allah Swt dan janji-janjinya. Pekara tersebut hanya kita akan fahami apabila kita mempunyai Iman yang sempurna. Bahkan salah satu golongan yang akan mendapat perlindungan dibawah Arasy Allah Swt ketika manusia didalam kelam kabut dipadang Mahsar ialah lelaki muda yang digoda oleh wanita dan mengatakan bahawa ia takutkan Allah Swt. Begitulah berharganya masa muda, Walaupun bukan mudah untuk diamalkan tetapi dengan mujahadah Insyaalah ianya akan pasti berjaya. Oleh itu hargailah masa muda.

No comments: