Saturday, March 6, 2010

KEHIDUPAN : KARENAH MANUSIA


Semasa makan malam bersama Yus tadi diSungai Petani bertemu dengan bermacam-macam karenah manusia cara mencari rezeki. Ada yang meminta sedekah, ada yang berjualan tetapi harga tidak ditetapkan bayar mengikut kemampuan, ada yang menipu untuk meminta bantuan atas nama anak yatim dan kemiskinan. Kadang-kadang kita terkeliru samada mereka ini benar-benar ihklas ataupun menipu untuk mencari rezeki. Walaupun bukan hak kita untuk mempersoalkan tentang kebenaran atau ihklas tetapi perasaan curiga itu tidak dapat dihindarkan, apatah lagi yang meminta itu orang yang serupa dengan perkataan yang serupa juga. Mungkin orang yang meminta itu tidak perasan bahawa ia bercakap dengan orang yang serupa dua tahun yang lalu. Bagi ku adalah mudah, orang meminta pasti ku beri dengan kadar yang mampu dan sekiranya ianya benar-benar jujur dan ihklas maka ia berhak untuk menerimanya tetapi jika ianya hanyalah satu muslihat untuk mencari wang dengan jalan mudah maka ku serahkan urusan ini kepada Allah Swt. Kadang-kadang terfikir juga bahawa adakah ianya mungkin satu ujian dari Allah Swt untuk menguji sejauh mana sifat ehsan kita terhadap sesama manusia. Wa allah waklam.......

No comments: