Thursday, January 21, 2010

KEHIDUPAN: KERESAHAN SEORANG AYAH


Ada ketikanya kita cuba menyembunyikan keresahan dan kebimbangan didalam hati dengan senyuman yang tawar tetapi hakikatnya keresahan itu tidak dapat disembunyikan secara keseluruhanya. Ketika kita dilahirkan sehinggalah kita menjadi dewasa, kita tidak pernah memikirkan kehidupan seterusnya bahkan kerisauan atau kebimbangan tidak pernah ujub didalam hati. Apabila kita mencelikkan mata, segalanya telah disediakan dihadapan mata dari makanan hinggalah ke pakaian. Sedikit demi sedikit kerisauan itu mendatang tetapi hanya keresahan atau kegelisahan dialam meningkat remaja. Sifat ingin tahu mula terujud dan perasaan ingin bercinta, berpakaian cantik dan berjenama serta perasaan ingin memiliki sesuatu yang canggih dalam teknologi. Walau bagaimana pun perasaan ini harus dipendamkan memandangkan status kedudukan keluarga. Persoalannya adakah perasaan ini terujud didalam anak-anak kita yang kita sendiri tidak pernah ambil tahu atau peduli?


Keresahan kita dengan keresahan anak-anak kita mungkin berlainan tetapi hakikatnya keresahan itu menghantui kita kerana takutkan masa depan yang lebih mencabar dan mengelirukan. Apabila kita telah bergelar ayah dan memiliki anak-anak yang meningkat remaja maka kita dapat rasakan keresahan seorang ayah terhadap masa depan anak-anaknya dari segi sosialnya dan keagamaannya. Sekarang kita mulai faham keresahan tersebut setelah kita juga memilki keluarga sendiri.


Tidak tahu kenapa tiba-tiba sahaja keresahan hati terasa, bukan keresahan masa hadapan untuk anak-anak berkait dengan soal rezeki tetapi soal keagamaan. Soal rezeki itu adalah ketentuan Allah SWT dan kita yakin sekiranya anak-anak berpegang teguh pada tali Allah, pasti dan pasti bantuan Allah SWT bersama mereka. Keresahan persoalan agama yang semakin jauh dari manusia, kerosakan dan keruntuhan ahklak yang berluluasa sehinggakan manusia itu sendiri terkeliru antara haq dan bahtil.


Setiap kali terpandangkan wajah anak-anak maka keresahan dan kerisauan tentang masa depan mereka yang lebih mencabar dan penuh dengan ranjau dan duri. Apakah ini dia keresahan dan kerisauan yang sama difikirkan oleh ibubapa kita dahulu?....................Wallallah waklam.

No comments: